potongan surat khabar Kosmo keluaran 14 MAC 2012
Kita baru-baru ini telah pun dikejutkan sekali lagi dengan peristiwa culik dan bunuh kanak-kanak. Mangsa yang terbaru Nurul Nadirah Abdullah lebih mesra dipanggil Dirang yang telah diculik pada 1 Mac yang lalu dikatakan dicekik sampai mati sebelum dibakar didalam lubang disebuah rumah terbengkalai. Sungguh menyedihkan dunia kini berdepan dengan pelbagai masalah jiwa manusia yang tidak mampu diubati dan dirungkai lagi. Apelah erti kemajuaan jika pemikiran dan tingkah laku yang kolot membaluti keindahan seperti memakai baju yang baru tetapi di luarnya diabaluti dengan kain guni. Mungkinkah kemajuaan yang dikecapi membutakan mata hati, tiada lagi landasan keimanan yang menjadi tunggak kehidupan.
Ape yang terjadi pada Dirang motif sebenar adalah bertujuan membalas dendam terhadapa nenak mangsa yang dikatakan pernah menghina dan memandang rendah terhadap tertuduh. Dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Sifat ini sebenarnya boleh dikawal, ada beberapa cara yang boleh dikongsikan :
1. ketika berasa marah jika anda sedang berdiri ddk seketika kerana ini mampu mengurangkan dan menyukarkan tindakan secara spontan ketika anda sedang marah.
2. bagi yang beragama Islam anda digalakkan untuk beristifar dan bg mereka yang beragama lain cara ini pasti membantu tarik nafas dalam2 dan lepas secara pelahan kerana ketika anda marah jantung anada akan berdegup dengan pantas.
3. jika tidak dapat juga mengawal sila tinggalkan suasana tersebut dan pergi ke tempat yang menenangkan
4. sentiasa berfikiran positif dan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain
5. jangan wujudkan ketengangan itu kembali dan ambil sedikit masa untuk membuat keputusan yang tepat.
Kami di Pensil Kontot mengharapkan supaya perkara seperti ini tidak berlaku semula dan perlunya kita kembali kedapa fitrah kehidupan kita, setiap kehidupan yang berlaku pasti ade sang pencipta. tidak salah jika kita mengambil cara penyelesaan yang telah pun tertulis sekian lame mungkin mata-mata hati yang telah mati ini sentiasa menolak akan kewujudanya dik belaian nafsu yang meliputi. Kerana semua jalan menyelesaian kini berada pada hujung persimpangan yang mengusutkan otak dan fikiran yang sempit ini.
Pensil Kontot mengucapkan salam takziah atas pemergiaan Nurul Nadirah Abdullah. Al-fatihah

No comments:
Post a Comment