LATAR BELAKANG

SALAM PENGENALAN.........

          Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, khasnya peminat-peminat bloger yang kami kasihi. Blog ini mula dihasilkan pada 15 Mac 2012 . Kami terdiri dari 7 orang ahli yang kini sedang belajar di Universiti Malaysia Perlis dalam jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik.

            Kehadiran Pensil Kontot ini pada mulanya adalah sebagai tugasan yang diberikan kepada kami sebagai penilaan berterusan untuk Tamadun Islam Dan Tamadun Asia . Atas kebenaran yang diberikan kepada kami adalah tidak wajar untuk kami terlalu memfokuskan perbincangan atau perkongsiaan kepada tamadun. Kami mengambil langkah untuk meluaskan skop kami seperti isu semasa, kepimpinan, hasil karya dan sebagainya. Namun begitu besarlah harapan kami agar blog ini tidak terkubur selepas kami tamat pengajiaan dan selesai dari menduduki peperiksaan akhir bulan 6 ini.

          Bagi pihak kami segala komen dan perkongsian sangat kami hargai. Kami mengharapkan sokongan dan teguran yang membuka minda agar segala usaha yang dilakukan tidak sia-sia. Bagi kami bukan sekadar bilangan "viewer" tetapi mengisian yang mampu dikongsi bukan sekadar kami tetapi mereka yang melewati Pensil Kontot.

Untuk mengatahuan, blog Pensil Kontot ini masih dalam proses.......

1 comment: