Monday, 30 April 2012

IBU.....OH IBU.....

Tanpa ibu siapalah kita di dunia ini 9 bulan 10 hari mengandungkan kita. Tiada bayaran yang diminta untuk semua itu begitulah kasih seorang ibu kepada anak. Pengorbanan seorang ibu tidak terbalas dengan wang ringgit. Rasa ingin mengajak anda semua untuk melihat satu video berkisahkan seorang ibu namun sebelum itu kosongkan minda anda, cuba selami ape yang cuba disampaikan saya tinggalkan anda seketika untuk menatapi video yang ingin saya kongsikan


begitulah ceritanya. Saya ingin bertanya kepada pembaca yang masih mempunyai ibu, berapa ramai yang telah kehilangan ibunya walaupun sebenarnya ibunya masih ada, berapa ramai yang ambil kisah dengan kesihatan ibunya, berapa ramai yang menelefon ibunya dikampung atau sebaliknya ibunya yang menelefon kerana kerinduan, berapa ramai yang memberikan hadiah supaya ibunya merasa bahagia mempunyai anak-anak yang soleh bagi mereka yang ibunya sudah tiada berapa ramai yang mendoakan kesejahteraan ibunya. Shabas dan tahniah kepada mereka yang  mendoakan dan menjaga ibu mereka dengan baik bagi tapi sebaliknya takziah diucapkan.

PABILA MANUSIA KEMBALI PADA TAMADUN JAHILIYAH !!

ADAKAH TENTERA AMERIKA WAJAR DIPANGGIL HERO DUNIA ATAU SEBALIKNYA....??


ADAKAH HAK PENGGANAS SEMUANYA PEJUANG ISLAM YANG SEBENARNYA MENCARI CAHAYA KEBENARAN DI ATAS PENINDASAN ..??

ANDA NILAI SENDIRI !!


BARANGKALI KETIKA SURAT INI DITULIS, ANDA
MEMBUANG MASA DENGAN KEKASIH ANDA!!


Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengahari, pejuang mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat melalui seucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahidin mengambil tindakan. Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan, baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentera pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi
gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau
menyerah diri. Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.Surat Fatima
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.[Quran, Surat 112 al-Ikhlas].


 Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman. Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke  muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada  kami? Kami adalah adik-adik kamu.

Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak. Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami erada di penjara ini tanpa dilompat oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan Allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka!Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana .

Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib. Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang. Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana  Dia adalah Maha Pengampun! Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa mu'atasima!]

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar- besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahidin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut. Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara,menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut.Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui. Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis: Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku." Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini.

Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira olehkebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq , tetapi tidakdipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka? Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh, seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, "WaMu'atasima", dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata: "Kepada anjing Rome , saya akan datang kepada kamu dengan tentera-tentera kami di mana barisan hadapannya berada di pintupintu kami dan barisan belakangnya berada di sini." Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100pejuang.  Bukti serangan Mujahideen terhadap tentera Amerika di penjara Abu Ghraib - Peristiwa "Battle of Abu Ghraib"

MENGENALI PERIBADI UMAR....


Biodata

Nama sebenar  : Umar b Al-Khattab b Nufail b Abdul Uzza b Ribaah b Abdillah b Qarth b Razaah b 'Adi b Kaab
Nama Ibu          : Hantamah bte Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Umar bin Makhzum.
Gelaran             :  Al-Faruq
Keturunan         : Arab Quraisy (Kabilah Bani Adi)
Tarikh lahir        : 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam Nawawi)
Jawatan             : Khalifah Ar-Rasyidin Kedua
Tarikh Lantikan  : 634M
Tempoh Jawatan : 10 tahun
Tarikh M/Dunia  : 23H @ 644M
Umur                     : 63 tahun 


Semasa sebelum memeluk Islam, beliau merupakan duta bagi kaumnya terutama untuk mengadakan perundingan antara kabilah yang bermusuhan. Beliau merupakan mertua Rasulullah SAW apabila Rasulullah bernikah dengan anaknya, Hafsah bte Umar. Beliau salah seorang yang dijamin Syurga oleh Rasulullah SAW.








Sifat Peribadi Umar al-Khattab
Ubaidullah bin Umar menceritakan bahawa suatu hari para sahabat melihat Umar memikul tempat air di bahunya. Lalu mereka bertanya : "Wahai Amirul Mukminin ! Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini ?"   Jawab Umar al-Khattab : "Saya merasakan bahawa diri saya telah takbur, lalu saya mengangkat air ini untuk menundukkannya"

Kata Aslam beberapa orang berbicara dengan Abdul Rahman bin Auf. Kata mereka : "Umar al-Khattab telah menimbulkan rasa takut kami sehingga mata kami tidak berani bertentangan mata dengannya". Hal ini diadukan oleh Abdul Rahman bin Auf. Lalu Umar al-Khattab berkata : "Benarkah mereka berkata demikian ?" "Demi Allah, saya telah cuba melunakkannya, sehingga lantaran lunak saya itu saya takut dimarahi Allah. Saya cuba pula dengan sikap keras sehingga saya takut Allah marah kepada saya. Bagaimanakah lagi ? Bagaimana nasib saya yang berbeza dengan mereka ?"

Diriwayatkan oleh  Umar bin Murrah  bahawa seorang lelaki bertemu dengan Umar al-Khattab dan berkata : "Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami amat gentar melihatmu !" Umar menjawab : "Adakah saya berbuat sesuatu yang zalim ? " Jawab lelaki itu : "Tidak" Kata Umar lagi : "Kalau begitu, biarlah Allah menambah rasa takut dalam hatimu terhadapku"

Menurut Barrak bin Makrur : "Pada suatu hari Umar al-Khattab naik ke mimbar untuk memberi tazkirah, tiba-tiba dia merasa sakit. Menurut para jamaah, ubatnya adalah madu lebah dan di Baitulmal banyak tersimpan madu lebah" Kata beliau : "Kalau tuan-tuan izinkan, saya akan gunakannya, tetapi kalau tidak diizinkan haram ke atas saya mengambilnya"

Keislaman Saidina Umar
Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat.
Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" Hadtih riwayat At-Thabarani

Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab"
Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"

Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"
Jawab Rasulullah SAW : "Benar"
Aku berkata lagi : "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq 
Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan  di BaitulLah   khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

RUJUKAN:
http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/Umaral-Khatab.htm

LARANGAN MEMBUKA AURAT

Khas nya buat kaum wanita kerana apa wanita diberikan penekanan kerana agama Islam sangat membela wanita, semasa jahiliah wanita diletakkan seperti sampah lalu Islam mengangkat wanita dan diletakkan ditempat yang terbaik sebagai mana riwayat nabi dalam suatu persoalan:

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
 
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
 
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]
 
 
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
 
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?
 
Jahimah menjawab: “Ya.
 
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]

begitulah Islam mengangkat martabat wanita lalu kenapa wanita merendahkan martabaatnya sendiri selepas Islam membelanya. Jom kita memahami bagaimane islam menyanyagi wanita dari sudut pakai:

 

INTELEKTUAL


Kita lihat, menjelang era pasca moden kini,perkembangan bidang keilmuan kepada manusia

semakin pesat. hal ini disebabkan keentengan untuk mendapatkan sumber-sumber bacaan dari dalam atau luar dimana-mana saja. Lebih membantu, carian mudah di alam maya -sistem internet yang terlalu luas dalam memperincikan setiap bidang ilmu yang diminati.

Dalam hal lain persekitaran ini boleh dilihat melalui pertambahan tenaga pengajar tempatan dalam bidang tertentu, kepelbagaian bidang baru yang dibuka ditempat pengajian tinggi bertambah dan kebolehan bijak pandai tempatan mengeluar idea-idea baru dalam proses membantu pencerahan ilmu kepada manusia sekitarnya. Selaras dengan itu – lebih utama, mengembangkan lagi kelahiran para intelektual baru dalam memandu sesebuah Negara dan masyarakat.

Intelektual lebih senang diolah maksudnya mengenai orang (kaum, golongan) terpelajar, cerdik pandai, cendekiawan: membentuk kesedaran dan menarik bakal-bakal yang sedang belajar atau mempunyai kemampuan yg tinggi utk berfikir (menggunakan akal budi).

Walaupun begitu terdapat banyak pendapat lain mengenai takrifan ini walaupun terdapat sedikit sahaja perbezaannya oleh sarjana-sarjana dari luar oleh kerana sesuai dengan persekitaran, tempat dan masanya.

Menurut, Julian Benda (1867-1956), dalam bukunya ‘Pengkhianatan Kaum Intelektual’ / La Trahison des Clercs, melukiskan bahwa intelektual merupakan sosok ideal yang kegiatan utamanya tidak mengejar tujuan-tujuan praktis, melainkan lebih ke arah pencarian dalam mengolah seni, ilmu atau renungan metafisik. Sehingga apabila ia menemukan kebenaran, lalu menyampaikannya, bererti ia menjalankan tugasnya kepada masyarakat. Sedangkan apabila ia menyampaikan kesalahan, bererti ia memberi kesempatan pada orang lain untuk menyuarakan kebenaran kepada masyarakat (memberi kesempatan orang lain untuk menjadi intelektual).

Sedangkan Edward W. Said (1995) merumuskan intelektual dalam bukunya Representation of The Intellectual” sebagai individu yang dikaruniai bakat untuk merepresentasikan pesan, pandangan, sikap, atau falsafah kepada umum. Aktualisasi yang bertujuan melahirkan kebebasan untuk memotivasi dan menggugah rasa kritis orang lain agar berani menghadapi ortodoksi, dogma, serta tidak mudah dikooptasi kuasa tertentu (rezim atau korporasi). Suatu tugas dan tanggung jawab intelektual yang senada dengan apa yang ditulis Noam Chomsky (1966),seorang profesor linguistik Amerika Syarikat, dalam “The Responsibility of Intellectual”, yaitu intelektual yang berada dalam posisi mengungkap kebohongan-kebohongan pemerintah, menganalisa tindakan-tindakannya sesuai penyebab, motif-motif, serta maksud-maksud yang sering tersembunyi di sana.

Dan, Sharif Shaary,seorang dramatis Malaysia yang terkenal, mendefinisikan bahwa intelektual bukan sarjana lulusan universiti, tetapi adalah seorang yang kenal akan keberanian dan berani pula memperjuangkan kebenaran itu, meski bagaimanapun tekanan dan ancaman yang dihadapinya, terutama sekali kebenaran, kemajuan, dan kebebasan untuk rakyat.

Walau terdapat pelbagai doktrin - teori atau pendapat mengenai tafsiran intelektual ini, sebagai muslim, asas intelektual islam telahpun dijelaskan dalam al-Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
(Hujurat: 6)

Dalam ayat di atas, dijelaskan kepada kita bahawa jika sampai suatu berita, maka hendaklah diperhatikan dahulu dari mana sumbernya. Ini adalah satu tindakan intelektual.

Intelektual Islam adalah subset atau sebahagian daripada kumpulan besar intelektual dalam dunia ini. Penapis intelektual Islam mesti condong kepada Islam. Seperti yang kita tahu sumber utama pemikiran Islam adalah al-Quran, as-sunnah dan ijmak ulama’. Oleh itu, penapis intelektual Islam mestilah condong kepada sumber-sumber ini.

Dari tu, seorang intelektual Islam akan menilai setiap maklumat yang diterimanya menggunakan penapis yang terdiri dari sumber-sumber tersebut. Sebagai contoh, jika seorang intelektual islam menerima suatu hadis dari seseorang atau dari sumber internet, beliau akan menapis hadis tersebut dengan merujuk kepada quran, sunnah dan ijmak para ulama’, dan beliau tidak mudah menerima hadis tersebut melainkan setelah ia terbukti bertepatan dengan sumber-sumber tersebut.

Begitu juga ketika seorang intelektual Islam mengeluarkan atau menyampaikan maklumat yang diketahuinya kepada umum. Sebagai contoh, jika seorang intelektual Islam mahu menyampaikan sepotong ayat Quran dan tafsirnya, beliau akan menapis ayat Quran dan tafsir tersebut agar ia bertepatan dengan ijmak ulama’ dan kandungan Quran yang asal, serta memikirkan kesan dari penyampaian maklumat tersebut.




Penambahbaikan & Cadangan

Hakikatnya, Pihak pemerintah perlu melihat dan mencorak penguasaanya kearah stabil dan menyeluruh dalam kata lain menyediakan kemudahan-kemudahan sebagai pendorong dan keselesaan, supaya golongan diluar bandar secara total tidak lagi terus terpinggir. Ini perlu supaya mereka tidak ketinggalan, sesuai untuk perubahan pemikiran dan celik untuk mengenal dan membuat perubahan yang lebih baik berkenaan kehidupan seharian mereka dalam membentuk proses ketamadunan yang berdinamik.

Bagi golongan intelek mereka perlu meneutralkan berkenaan fahaman politiknya, jika sesuatu perihal yang dikemukan oleh sesuatu pihak itu terang salah, perlu katakan salah sebaliknya jika benar, harus berterus terang benar. Akan tetapi haruslah beserta dengan hujah yang bernas. Pihak pemerintah juga perlu tidak mengatur dan mengawal fikrah golongan ini, biarkan mereka diberi kebebasan untuk melontarkan idea-idea dan pandangan baru walau terkadang ia bercanggah.

Apa pun ia satu kebaikan untuk menjadikan sesuatu negara dan masyarakat bertambah matang ruang tamadunnya . Lihat bagaimana pencapaian tamadun Islam terdahulu dalam pelbagai bidang keilmuan seperti Perubatan, kimia, matematik, sastera, astronomi dan sebagainya. Hasil daripada lahirnya pemikiran intelek seperti Ibn Rasyd, Jabir Ibn Haiyan, Abu Mansur al-Falaki serta sezaman dengannya dan bagi di Malaysia seperti Tok Kenali dalam bidang penulisan dan pengajian Nahu(tatabahasa arab).

“Pull the thorn of existence out of the heart! Fast! For when you do, you will see thousands of rose gardens in yourself” - Rumi




Sunday, 29 April 2012

SAPE ITU MUHAMMAD AL-FATEH


Pemimpin yang baik, Tentera yang baik dan Rakyat yang baik MUHAMMAD AL-FATEH Penakluk Konstantinopel (ROM).
Penaklukan Konstantinopel ini bermula sejak dari zaman Saidina Ali (34 Hijrah), Muawiyah bin Abu Sufian (84 Hijrah), Sultan Sulaiman (91 Hijrah), Khalifah Harun al-Rasyid (165 Hijrah) dan Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397 dan 1400 Masihi tetapi semuanya gagal. Kenapa umat islam begitu ingin menawan Kota Konstantinopel? Sebabnya, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,
“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam.Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan. H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Selepas 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan.Tetapi siapakah yang dimaksudkan dengan hadis di atas?
Sultan Muhammad al-Fateh sejak di dalam buaian lagi telah diisyaratkan bakal menakluk Kota Konstantinopel. Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 H. Sultan Muhammad al-Fateh merupakan anak Sultan Murad II yang mewarisi empayar kerajaan Usmaniah. Baginda ialah khalifah ke 7 pemerintahan kerajaan Usmaniah.Nama sebenar baginda ialah Sultan Muhammad, manakala al-Fateh merujuk gelaran baginda sebagai 'pembuka yang besar' kerana berjaya menakluk Konstantinopel.
“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang ada di dalam buaian itu (Sultan Muhammad al-Fateh).” Syeikh Syamsuddin Al Wali.
Sejak kecil lagi, Sultan Muhammad al-Fateh telah dilatih hidup sederhana, dididik ilmu agama oleh Syeikh Bayram, Syeikh Syamsudin al-Wali dan Syeikh al-Kurani.Manakala ilmu kepahlawanan dan peperangan telah di ajar oleh Panglima Tharhan iaitu bapa saudara Sultan Muhammad al-Fateh.Baginda membesar sebagai pemuda tampan.Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi.Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbEgGq-2FDK0y9gUmqif2e2GM3a8ZQoHaVEQvOm1DsBuBFNKBlLGB_isRRxWDusE2uTTChvjwTZsnwUesbpoPj_osDXGnYbWPzM6Xk3X6e0EPd2FvH5HLkL3XKwRlFS02CxySqhlWYfkg/s1600/630273563_deafe55691_o.jpg
Semasa berumur 16 tahun, Sultan Muhammad al-Fateh diberi tanggungjawab untuk memangku tugas sultan setelah pemergian ayahandanya, Sultan Murad ke Pulau Magnesia.Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh.Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang. Baginda mula menaiki takhta ketika berumur 19 tahun selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Murad II.
Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) sebagai pusat pemerintahan bagi memudahakan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berumur 21 tahun Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.Untuk menawan kota Konstantinopel bukanlah mudah. Pelbagai halangan dan rintangan perlu dihadapi oleh Sultan Muhammad al-Fateh.Kata-kata Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Kota Konstantinopel hanya dapat ditawan oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.” melekat di hatinya.

Pelbagai persiapan yang telah dilakukan Sultan Muhammad al-Fateh sebelum menakluk Konstantinopel.Baginda membina Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serban, mengangkat batu dan pasir sehingga orang ramai semakin bersemangat melakukan kerja membina tembok itu. Walaupun tembok ini pernah diruntuh oleh tentera Konstantinopel, tetapi tidak mematahkan semangat Sultan Muhammad al-Fateh untuk menawan Konstantinopel.Baginda juga mengarahkan penggalian terowong rahsia untuk menyelamatkan Urban yang mahir membuat meriam.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5JMuGAAebb24Svg0RHmNvAs1wrv2gH3bUSAaqbeJzrDJjWttEdqwWXo3leUoemCurELQVekjhztGA0x80hXX1xivmAxi2b10sBsj4gfhHtNOnA5XQnIQCnJVq5oW3NCatguzNT9FO4D0/s1600/Rumeli-Hisar%C4%B1-Resimleri.jpg
Rumeli Hisarri
Untuk menawan Konstinopel, Sultan Muhammad al-Fateh memerlukan tentera yang baik seperti yang diriwayatkan oleh hadis Nabi Muhammad S.A.W. Apakah kehebatan tentera baginda sehingga digelar sebaik-baik tentera?

Tentera yang baik
Sultan Muhammad al-Fateh mengarahkan 250, 000 tentera Turki menjalani latihan ketenteraan di Pulau Magnesia.Mereka berlatih selama 40 hari untuk meningkatkan ketakwaan dan kemahiran berperang sebelum menakluk Konstantinopel.Mereka seperti singa pada siang hari dan menjadi abid pada waktu malam.
Suatu hari, Sultan Muhammad al-Fateh jatuh sakit.Baginda teringin memakan buah delima.Panglima Tharhan meminta Sulaiman Olgo dan beberapa tentera mencari buah delima di hujung pulau. Mereka menjumpai kebun delima itu tetapi tidak menemui tuan punya kebun. Mereka sepakat tidak mengambil sebiji pun buah delima kerana tidak sanggup memberikan buah yang haram kepada sultan.Kemudian mereka berjalan dan melalui sebatang sungai.Tiba-tiba lalu sebiji delima dibawa arus sungai itu.Mereka tetap tidak mengambil delima tersebut walaupun delima itu terjatuh ke dalam sungai dihanyutkan air.Akhirnya mereka pulang tanpa membawa sebiji delima pun.
Rupa-rupanya kehadiran tentera di kebun delima itu diintip oleh tuan kebun. Tetapi tuan kebun itu ingin menguji tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Ternyata tentera Sultan Muhammad al-Fateh adalah tentera yang baik. Kalau mereka tentera yang jahat sudah pasti mereka akan mengambil buah delima dan mempersembahkan kepada sultan. Akhirnya, tuan kebun delima itu menghadiahkan buah delima kepada Sultan Muhammad al-Fateh.


Rakyat yang baik
Sultan Muhammad al-Fateh keluar dari istana seorang diri lalu menyamar sebagai peminta sedekah yang bisu dan pekak.Baginda singgah rumah orang kaya lalu memberi isyarat meminta air minuman. Dengan senang hati tuan rumah itu memberinya minuman dan menawarkan pekerjaan yang sesuai. Baginda menolak dengan baik pelawaan orang kaya tersebut dan menuju ke sebuah rumah keluarga miskin.Tuan rumah itu ingin memberi makan dan minum kepada baginda walaupun makanan mereka cukup untuk mereka sahaja. Akhirnya baginda meninggalkan rumah keluarga miskin itu apabila tuan rumah ke dapur untuk mengambil makanan. Baginda terharu kerana walaupun keluarga itu miskin tetapi mereka bersikap baik dan memuliakan tetamu.
Baginda meneruskan perjalanannya dan menyamar sebagai seorang musafir. Baginda singgah disebuah rumah dan menerima pelawaan tuan rumah yang mengajak baginda bermalam di rumahnya. Sebagai merai tetamu, tuan rumah itu menyembelih seekor kambing peliharaannya. Tuan rumah itu meminta anaknya untuk menghantar ke rumah jirannya sehingga berjalan ke seluruh kampung tetapi tidak ada yang mahu menerima kerana masing-masing sudah cukup makan dan menyuruh diberikan kepada orang yang lebih memerlukannya. Baginda bertanya kepada tuan rumah mengenai pemerintahannya.
Baginda berasa gembira apabila tuan rumah mengatakan Sultan Muhammad al-Fateh seorang yang baik walaupun masih muda tetapi mereka selamat di bawah pemerintahannya. Dan rakyat sayang kepadanya walaupun tidak pernah berjumpa dengan Sultan Muhammad al-Fateh.


Melancarkan serangan keatas Konstantinopel

Sultan Muhammad al-Fateh telah membahagikan tenteranya kepada lima pasukan iaitu setiap pasukan mengandungi 50, 000 tentera dengan diketuai oleh seorang ketua. Panglima Tharhan, Panglima Khalil Pasya, Panglima Hamzah Pasya dan Panglima Zaqhanus memimpin tentera laut. Pada hari yang ditetapkan berangkatlah 250, 000 tentera Turki dari Adrianopel menuju ke kota Konstantinopel. Baginda meniru cara pembukaan Kota Mekah oleh Nabi Muhammad SAW, apabila memilih jalan lain yang tidak pernah dilalui oleh sesiapa menyebabkan pergerakan mereka tidak dapat dikesan oleh tentera Rom.
Pada hari Khamis 6 April 1453, keempat-empat pasukan tentera tiba di kota Konstantinopel kecuali tentera jalan laut kerana kapal mereka tidak dapat memasuki Tanduk Emas kerana disekat oleh rantai besi raksasa. Pada keesokan harinya iaitu pada hari Jumaat bertarikh 7 April 1453, selepas solat Subuh tentera Turki berzikir beramai-ramai hingga suara mereka bergema sampai ke Kota Konstantinopel.Maharaja Konstantine dan tenteranya terkejut dan terpinga-pinga apabila mendengarnya.

Sebelum memulakan peperangan, Sultan Muhammad al-Fateh telah memberi dua pilihan kepada kepada Maharaja Konstantine iaitu memeluk Islam atau menyerahkan kunci Kota Konstantinopel.Tetapi Maharaja Konstantine memilih untuk berperang.Maka berlakulah serangan demi serangan yang memakan masa 53 hari.Apa yang menarik mengenai penaklukan ini ialah Sultan Muhammad al-Fateh telah memindahkan 70 buah kapal perang berlayar di atas daratan merentasi Semenanjung Fera lalu berlabuh depan Kota Konstantinopel. Bagaimana baginda dapat melakukan pelayaran di darat hanya dalam satu malam? Dalam peperangan ini, baginda juga menggunakan sejenis senjata yang ampuh iaitu meriam yang dikenali sebagai The Great Turkish Bombar.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQAy192WI2tLSyaiPoNDx46ulKtJDy8Z2N0OYwTWZmsNRWjgcz_1ZcX0e_DSMjNv7uHaPbCsidXb2LRU9kXwhx-Utg2bgH-00sI71z2rae1BVgopm5qH1gdNK952OaUu51ZhLAUVorV9Q/s1600/muhammad-bombard.jpg
Meriam yang digunakan semasa penawanan Kota Konstaninopel




Sebaik-Baik Raja
Pada 30 Mei 1453, akhirnya Kota Konstantinopel jatuh ketangan umat Islam. Sultan Muhammad al-Fateh telah menukar Kota Konstantinopel kepada nama Islambul (Islam keseluruhannya) atau dikenali kini sebagai Istanbul. Baginda menukarkan Gereja Aya Sophia kepada Masjid Aya Sophia.Apabila tiba hari Jumaat, mereka bersedia hendak mengerjakan Solat Jumaat tetapi gurunya, Syeikh Syamsudin al-Wali menolak untuk menjadi Imam.Maka Sultan Muhammad al-Fateh telah mengumpul tenteranya di hadapan Masjid Aya Sophia.
Baginda berseru, Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat fardu lima waktu, sila duduk”.Ternyata tiada yang pernah meninggalkan solat fardu kerana tenteranya tiada yang duduk.
Baginda menyeru lagi, “Siapakan antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk.”Separuh antara tenteranya duduk.
Kemudian Sultan Muhammad al-Fateh bertanya lagi, Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat tahajud, sila duduk Semua duduk, kecuali seorang.Dia adalah Sultan Muhammad al-Fateh sendiri.Jadi, Sultan Muhammad al-Fateh paling layak menjadi imam.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYFuHLvrRPyCe3jQ-XfSYfKmbb1qlag59ZsHBOTI29_QoCQf5AUZUC1AdbncabZUxwAhEIbHxjTeSeoqXD8aqwsgqkAknEoHv6oa3jP8Hzwpd2m1wVMNyS8Rmng5NO6PJvXbhyzBqpJkU/s1600/aya-sofia.jpg
Masjid Aya Sophia merupakan sebuah gereja sebelum penawanan Kota Konstantinopel.Kini masjis Aya Spohia merupakan sebuah muzium di Turki.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAMkPy16rTonnZNP8-CAham1oNr-0X6RUgXyWPDJmkB-vb-hB1kBcEsAZ_CrSahZTptWU1_4uh3KUpwITvxCpTfBy1tSSmPapF4pLI2fjkGBTBfhTMSnrmvEqaAkUysbHrk1k_rq25AOc/s1600/topkapipalace.jpg
Istana Topkapi merupakan kediaman Sultan Muhammad al-Fateh setelah menawan Kota Konstantinople.


Makan Syuhada, Abu Ayub al-Ansari
Selain itu, misi baginda di Kota Konstantinopel ialah mencari makam Syuhada, Abu Ayub al-Ansari iaitu sahabat Nabi Muhammad SAW yang syahid semasa menyertai peperangan menawan Konstantinopel di zaman Bani Umaiyyah. Abu Ayub al-Ansari membuat wasiat supaya dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Konstantinople. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab,
"Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."
Ketika berada di kemuncak kegemilangan, Sultan Muhammad al-Fateh memerintah 25 menakluk Italia, Hungari, dan Jerman.Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeribuah negeri.Baginda mangkat akibat diracun oleh seorang Yahudibernama Maesto Jakopa ketika membuat persiapan menakluk Rhodesia.Sultan Muhammad al-Fateh mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 tahun.


KELEBIHAN SOLAT BAGI MEREKA YANG MENGETAHUI....

Ketika sedang sibuk membangunkan blog ini terbaca akan saya satu tajuk yang amat menarik kerana perkara ini merupakan satu kefarduaan bagi orang islam. Solat yang sempurna mampu menyembuhkan beberapa penyakit, betapa untungnya mereka yang melaksanakan dengan baik. 



Solat bukan ibadat biasa, tetapi ia manifestasi hebat yang dianugerahkan kepada manusia – zahir dan batin.
SUJUD DENGAN SEMPURNA….kajian membuktikan apabila seseorang sujud rongga dada akan bertambah besar dan paru-paru akan berkembang dengan baik bagi menghirup udara bersih selain melancarkan pengaliran darah. Jangan terkejut amalan solat yang dilakukan setiap hari adalah terapi paling berkesan merawat pelbagai penyakit berbahaya.
APA BUKTI DARI SAINTIFIK?

Jom lihat penerangan ini kalau malas baca boleh klik video lihat bagaimana kajiaan yang di buat bersama seorang penyelidik bukan beragama Islam Ng Siew Cheok yang mengakui solat menpunyai kelebihan

 
 
Dalam buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah karya Dr Mohammad Ali Toha, Prof Dr Syahathah dari Fakulti Perubatan, Universiti Alexandria, Mesir membuat kajian bahawa ‘istinsyaq’ atau memasukkan air melalui hidung ketika berwuduk membersihkan hidung daripada kuman.
 
Cara melakukannya ialah dengan memasukkan air seperti menarik nafas dengan kekuatan sederhana kemudian mengeluarkan air itu dengan hembusan yang kuat.
 
Kaedah itu jika dilakukan dengan sempurna mampu mencegah 17 penyakit berbahaya, antaranya mata, telinga kulit, radang kerongkong, batuk dan penyakit paru-paru dan penyakit mental. Percayalah, jika Allah memerintahkan sesuatu ibadah itu, pasti ada hikmah dan manfaat kepada manusia.
 

Apakah kesan langsung dalam setiap pergerakan yang dilakukan ketika kita menunaikan solat lima waktu? Di dalam sebuah kitab fiqh ada menyentuh mengenai solat iaitu Muniyatul Musalli. Ia menggambarkan solat adalah persembahan terbaik kepada Khaliq (Allah). Solat yang tidak khusyuk ibarat persembahan hadiah yang tidak bernilai. Justeru, setiap Muslim perlu mempunyai hati yang bersih bagi khusyuk dalam solat. Pernahkah kita berfikir mengapa perintah bersolat lebih awal dari ibadat puasa atau amalan lain? Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah memberikan perintah bersolat kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara terus tanpa perantaraan sesiapa di Sidratul Muntaha. Kelebihan bersolat dibuktikan sendiri Rasulullah, apabila ditimpa kesukaran dan kesedihan, Baginda akan berkata kepada Bilal: “Tenteramkanlah hatiku, wahai Bilal.” Maka Bilal pun mengalunkan azan. Kemudian mereka mengerjakan solat secara berjemaah.
 
Pakar perubatan mengakui solat yang khusyuk adalah amalan meditasi yang ideal. Bacaan dalam solat menyebabkan manusia berada dalam keadaan antara jaga dan tidur.
 
Cuba praktikan kepada diri sendiri, apabila menghadapi masalah, kerjakan solat sunat dua rakaat dan lihat hasilnya.
Malah, pergerakan dalam solat mempunyai maksud penghambaan kepada Allah apabila dilakukan dengan fokus dan toma’ninah.
 
Ia lebih mujarab jika kita memahami setiap bacaan dalam solat. Memang bukan mudah untuk khusyuk dalam solat kerana syaitan sering mengganggu dan melalaikan manusia.
 
Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita jangan tidur selepas makan, tetapi berzikir dan bersolat.
 
Diceritakan, suatu hari Abu Hurairah sakit perut lalu Nabi berkata: “Bangkit dan bersolatlah kerana sesungguhnya ada perubatan dalam solat.” Menurut kajian penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya (UM) solat boleh merawat pelbagai penyakit kronik.

Ketua Penyelidiknya, Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim, berkata setiap gerakan solat mempunyai manfaat besar yang mampu meningkatkan kesihatan manusia secara optimum. “Hasil kajian membuktikan gerakan dalam solat seperti berdiri betul, takbiratul ihram, iktidal, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, tahiyat menyamai senaman ringan.
 
“Solat yang lengkap lima kali sehari semalam, memahami makna bacaan, rukuk dengan betul serta melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahiyat akhir akan mendapat komposisi tubuh yang baik.
 
“Berbeza dengan mereka yang tidak melakukan perkara berkenaan komposisi tubuh mereka kurang baik,” katanya.
 
“Keputusan kajian juga mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, melakukan rukuk pada kedudukan 90 darjah, sakit pinggang berkurangan,” katanya. 


Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Jika kamu rukuk, letaklah kedua-dua tanganmu pada kedua-dua lututmu, kemudian renggangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakangmu mantap di tempatnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban) Selain itu, pergerakan sujud pula membuatkan seseorang bukan saja menjadikan otot besar dan kuat, tetapi saluran darah seperti arteri, vena serta urat limfa akan terurus.
 
Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud: di atas dahi dan Nabi menunjukkan ke arah dahinya (termasuk hidung) dan kedua-dua belah tangan dan kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Dengan mengamalkan jari kaki membengkok ketika gerakan sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir mendapati ia mampu membakar lemak dalam badan selain mengurangkan risiko penyakit jantung.

penyakit yang menyebabkan kerapuhan tulang itu dialami 200 juta wanita di seluruh dunia. Di Malaysia pula, dianggarkan sejuta orang berhadapan risiko osteoporosis dengan 29 peratus daripadanya lelaki.

Pada 1997 kejadian keretakan pinggul di Malaysia di kalangan mereka yang berusia 50 tahun ke atas adalah dalam nisbah 90 bagi setiap 100,000 individu dan wanita adalah antara tiga hingga lima kali lebih berisiko mengalami masalah keretakan pinggul berbanding lelaki.Solat mampu mengelak tulang dari cepat mereput.

Memberikan salam ke kanan




Memberikan salam ke kiri

Fatimah berkata setiap pergerakan dalam solat iaitu bermula dari berdiri tegak sehingga selesai memberi salam mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. “Memberi salam ke kanan dan ke kiri adalah amalan baik bagi menyelesaikan masalah kerapuhan tulang tengkuk,” katanya. Bagi Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas, solat yang dilaksanakan lima kali sehari cukup dijadikan asas senaman rutin. “Solat boleh dianggap senaman fizikal yang istimewa kerana di dalamnya mengandungi pergerakan yang menyamai senaman regangan otot.
 
“Ia memberi kesan positif terhadap psikologi, tulang otot dan serebral. Semasa bersolat, otot dan sendi turut bergerak,” katanya. Sementara itu, seorang lagi penyelidik, Ng Siew Cheok menyifatkan ibadah solat yang dilakukan seorang Muslim menghasilkan keadaan otak yang tenang.
 
“Keadaan itu dicapai sebelum seorang itu bergerak untuk sujud. Selain itu, solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan seseorang. “Ketika toma’ninah (berhenti seketika) di dalam solat adalah waktu seseorang itu dijangkakan akan berada dalam keadaan tenang. Justeru, setiap perbuatan dalam solat perlu dilakukan dengan teratur dan tidak tergesa-gesa,” katanya.

RUJUKAN DARIPADA:
  1. http://wirajiwa.bumicyber.com
  2. http://www.oaskl.org