Sunday, 29 April 2012

NUKLEAR OH... NUKLEAR


Tahukah Anda Tentang NUKLEAR

    Tenaga nuklear, kadangkala disebut tenaga atom, ialah sejenis tenaga yang "mengikat" nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik. Tenaga nuklear ini dihasilkan dari reaksi nuklear (iaitu bukan letupan) terkawal. Loji komersial menggunakan reaksi pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.Tenaga nuklear mula ditemui oleh ahli fizik Perancis bernama Henri Becquerel pada tahun 1896, ketika beliau mendapati bahawa kepingan fotografi yang disimpan di dalam gelap berdekatan dengan uranium telah berubah kehitaman seperti kepingan sinar X, yang baru sahaja ditemui pada tahun 1895.Tenaga nuklear dibebaskan oleh tiga proses eksoterma, iaitu "Pereputan radioaktif", yang melibatkan satu proton atau neutron dalam nukleus radioaktif yang mereput lalu membebaskan samada zarah-zarah, sinaran elektromagnet (seperti sinar gamma), neutrino atau kesemuanya sekali; "pembelahan nuklear, yang membelah satu nukleus berat menjadi dua (atau jarang sekali tiga) nuklues yang lebih ringan; dan "pelakuran nuklear, yang menggabungkan dua nukelus atom untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat.
Pereputan radioaktif adalah satu tindakbalas yang berlaku secara spontan, rawak dan semula jadi. Pembelahan nuklear pula, yang tidak berlaku secara semula jadi, telah digunakan secara meluas dalam penjanaan tenaga elektrik sejak 1950-an lagi. Sementara itu, pelakuran nuklear boleh berlaku secara semula jadi, seperti dalam Matahari, dan secara buatan. Walaupun, proses itu telah dibuktikan boleh dilakukan secara buatan, namun terdapat beberapa masalah seperti kawalan ke atas tindak balas, yang perlu diatasi sebelum proses ini boleh dilakukan secara besar-besaran.

 Perbalahan Negara-Negara Veto Tentang Nuklear

  Semua sediamaklum mengetahui tentang Amerika dan sekutunya menentang kuat negara-negara yang tak sebulu denganya yang ingin membuat projek nuklear seperti Iran Korea Utara dan negara- negara bukan 'dibawah telunjuknya. Bagi Amerika atau negara 'Uncle Sam' negara-negara seperti ini mampu memberi ancaman kepada negara mereka dan ekonomi mereka,jesteru itu, pelbagai helah dan gaya dibuat untuk menarik mata dunia agar memandang 'serong' kepada negara-negara seperti ini.Mungkin boleh dikatakan mangsa pertamanya Iran dan Korea Utara yang mampu memberikan impak terhadap kedudukan Amerika dimata dunia,dan Amerika terus mengasak Iran untuk menghentikan projek nuklear tersebut. 

     Amerika mengeksploitasi konflik nuklear dalam usaha untuk menimbulkan ketakutan di Timur Tengah. Keadaan ini akan membolehkan Amerika mengekalkan pangkalan-pangkalannya dan memastikan kapal-kapal pemusnahnya bergerak aktif di perairan negara teluk kononnya untuk menjaga keselamatan negara-negara Arab daripada ancaman Iran. Tetapi matlamat sebenar adalah untuk terus menguasai dan mengawal sumber minyak dan gas yang ada di Negara teluk demi memastikan aktiviti industrinya berjalan lancar. Telah dibuktikan simpanan petroleum mentah di kawasan ini adalah dalam sekitar 357 000 juta tong! Manakala potensi simpanan minyak sebenar adalah jauh lebih besar. Sumber pakar menyatakan untuk Arab Saudi sahaja terdapat lebih kurang 160 000 juta tong yang mana boleh membekalkan minyak paling kurang 50 tahun lagi dengan kadar pengeluaran semasa 13 juta tong sehari. Diketahui 3 negara pengeluar minyak utama dunia adalah di kawasan ini iaitu Arab Saudi, Iraq dan Iran. Ditambah pula dengan Kuwait dan negara-negara teluk yang lain, maka sudah pasti inilah sumber kekayaan utama dunia yang ingin dibolot oleh Amerika. Oleh itu tidak mengejutkan sejak dari dahulu lagi negara-negara barat bersaing antara satu sama lain untuk menguasai sumber tenaga yang berskala besar ini. Inilah alasan sebenar mengapa mereka menghantar tentera-tentera, pakar-pakar, seterusnya membina pangkalan-pangkalan tentera dan menempatkan agen-agen mereka di kawasan ini.

IRAN

Tahun 1970
Iran telah menandatangani Nuclear Non-prolifetarian Treaty (NPT) semasa pemerintahan Shah dan memulakan aktiviti nuklearnya dengan kerjasama beberapa firma-firma Perancis dan Jerman. Namun aktiviti nuklear Iran dihentikan oleh pemerintahan Khomeini pada tahun 1979 dan kemudiannya disambung semula pada tahun 1995 oleh Rasfanjani dan diteruskan sewaktu zaman reformasi (1997-2005) di bawah pemerintahan Khatemi. Sewaktu selang masa inilah (2003), setelah penjajahan di Iraq, pihak pembangkang Iran yang berada dalam buangan telah mengumumkan yang Iran telah menjalankan aktiviti nuklear rahsia yang tidak selamat dan menyorokkannya daripada pengetahuan International Atomic Energy Agency (IAEA)

25 Oktober 2003
Ketika inilah momentum krisis nuklear Iran memuncak, terjadinya dialog persefahaman antara pemerintahan Khatemi dan Troika Eropah iaitu Jerman, Perancis dan Britain, dan berakhir dengan proses penandatangan protokol tambahan. Dengan protokol tambahan ini, pihak IAEA berkuasa untuk melakukan pemeriksaan mengejut dengan harapan boleh mengelakkan tuduhan ke atas Iran akan aktiviti nuklearnya. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak berhenti di situ sahaja. Walaupun Iran memberhentikan proses pengayaan uranium semasa melakukan rundingan, jerat itu berterusan diketatkan tanpa mempedulikan haknya untuk menggunakan tenaga nuklear untuk kegunaan aman. Disebabkan hal itu Iran menyambung aktiviti pengayaan uraniumnya.

23 Disember 2006,
 Majlis Keselamatan telah meluluskan resolusi 1737 yang mendesak untuk menghentikan proses pengayaan uranium. Namun resolusi ini mendapat bangkangan dari Iran demi mempertahankan haknya untuk menggunakan tenaga nuklear untuk tujuan keselamatan.

29 Januari 2007 
 Bush telah berkata, “Bagaimana seorang itu boleh berkata tentera Amerika dan kepentingan kita tidak dapat dipertahankan melainkan dengan melakukan serangan terhadap Iran”.

5 April 2007, 
Komander baru kepada Pemerintah Ketenteraan Pusat, Panglima William Falon yang menggantikan John Abizaid, menolak kemugkinan serangan ke atas Iran dengan berkata, “Kita sudah mempunyai masalah yang banyak di Iraq”. Ini dinyatakannya sewaktu bertemu Presiden Mesir Hosni Mubarak di Sharm el-Sheikh.

 17 April 2007
Ketua Operasi Tentera Laut Amerika Michael Moulin berkata yang Amerika tidak mempunyai perancangan untuk menyerang Iran dan menegaskan misi penguatan ketenteraan di Iraq adalah untuk tujuan menjaga keamanan di rantau itu.

23 April 2007,
  Majlis Keselamatan PBB sekali lagi bersidang, dan meluluskan resolusi 1747 dan memberi masa dua bulan kepada Iran untuk menghentikan program pengayaan uraniumnya meskipun dalam jumlah yang sedikit untuk tujuan yang selamat. Namun kenyataannya telah dimaklumi, bahawa negara-negara itu sendiri yang membantah program nuklear Iran untuk tujuan keselamatan itu sebenarnya negara yang terlibat dalam pengayaan uranium untuk tujuan ketenteraan dan membuat senjata nuklear seperti mana Amerika sendiri menggunakannya semasa perang dunia kedua.


25 April 2007,
 Javier Solana, wakil ketua polisi luar EU, meminta Washington untuk membuka segala saluran dan dialog untuk mencari penyelesaian dengan Tehran. Solana telah bercakap dengan Larijani dan menyarankan agar kedua-dua pihak menolak segala perbezaan dan mencari jalan tengah untuk menyelesaikan isu ini dengan kepercayaan yang baik. Namun Amerika membelakanginya dan mendesak Tehran menghentikan dahulu proses pengayaan uraniumnya sebagai pra-syarat untuk berunding walaupun mengetahui yang pengayaan uranium Iran masih lagi di bawah 5%, had yang ditetapkan untuk tujuan keamanan, sedangkan proses pengayaan uranium diperlukan untuk kegunaan ketenteraan adalah 97%. Inilah yang selalu disebut-sebut oleh Amerika iaitu ketakutan terhadap program nuklear Iran yang dikatakan untuk tujuan aplikasi ketenteraan. Ini menunjukkan Amerika sanggup menyulitkan keadaan demi untuk memastikan konflik ini terus hidup tanpa penyelesaian supaya dengan itu boleh mengeksploitasi suasana itu untuk mempertahankan kepentingannya sendiri


 KOREA UTARA
        Krisis nuklear Iran tidak mungkin berhubungan secara langsung dengan krisis nuklear Korea Utara, kerana Iran masih lagi di peringkat awal proses pengayaan uranium dalam had yang sesuai untuk kegunaan keamanan manakala Korea Utara adalah sebuah negara yang sudah pun memiliki senjata nuklear. Namun persamaan di antaranya adalah proses untuk mendapatkan penyelesaian kepada konflik sering diganggu halang oleh Amerika.

Dua pusingan Ujian Peluru Berpandu telah dilancarkan Korea Utara. Korea Utara dilaporkan melancarkan sebanyak tujuh peluru berpandu berasingan. Ini termasuk dua peluru berpandu berjarak dekat Nodong-2, satu peluru berpandu Scud dan sehinggakan dua peluru berpandu jarak jauh Taepodong-2 yang dipercayai boleh sampai ke bahagian barat Amerika Syarikat termasuk negeri Alaska dan bahagian barat Kanada. Sesetengah pemerhati, seperti Menteri Luar Negeri Australia Alexander Downer, percaya yang Korea Utara akan cuba melancarkan lagi ujian peluru berpandu pada hari-hari akan datang. 


5 Julai 2006,
Ia dilaporkan juga oleh saluran media NBC  yang peluru berpandu Taepodong-2 kedua atau ketiga mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat.Tidak seperti yang dilaporkan kebanyakan saluran media, ujian ini bukannya ujian kali pertama Korea Utara semenjak tahun 1998, atau yang pertama sejak satu persefahaman mengenai peluru berpandu telah dimeterai pada 13 September 1999 (disahkan 2004) dan Deklarasi Pyongyang 2002 antara Korea Utara dan Jepun. Korea Utara telahpun tidak mengotakan janjinya pada persefahaman-persefahaman di atas apabilia ia melancarkan ujian peluru Nodong-B pada 17 Januari 2006
 

Oktober 2006,
 Peningkatan ketegangan mula terjadi ketika Korea Utara melancarkan ujian nuklear dan mencapai kejayaan di mana Korea Utara telah menguji peluru berpandu balistik yang memberi petunjuk bahawa Korea Utara berhasil melancarkan peluru berpandu nuklear jarak jauh tanpa menggunakan jet pejuang, bahkan boleh dihentikan sebelum mencapai sasaran.Setelah ujian terakhir ketegangan mula mencapai tahap yang lebih membimbangkan ketika diberitakan bahawa ujian nuklear berjaya dilakukan.

Julai 2008 
Korea Utara mengirim laporan tentang program nuklear sesuai dengan perjanjian yang telah disepakati. Proses rundingan terhenti kerana perbezaan persepsi dalam memantau ketaatan Korea Utara di dalam menghentikan program nuklearnya. 

Pada 14 April 2009 
Korea Utara menarik diri dari rundingan 6 negara (Korea Selatan, Korea Utara, AS, Rusia, Cina, dan Jepun) sebagai protes terhadap hukuman ke atas dirinya sehari sebelum itu. Korea Utara menyatakan bahawa rundingan 6 negara tidak membawa erti apa-apa, sehingga mereka tidak lagi terikat untuk mematuhi sebarang perjanjian.Dari fakta tersebut, nampak bahawa punca mengapa Korea Utara berdegil adalah kerana AS sendiri yang berlaku curang terhadap Korea Utara dengan tidak memenuhi janjinya. Namun, Korea Utara juga sudah meramalkan kemungkinan tersebut pasti berlaku. Disebabkan itulah, ketika ia melihat AS berusaha mengelak, Korea Utara pun kembali mengaktifkan aktiviti nuklearnya. Nampaknya AS pun tidak berlaku tegas, mungkin kerana tidak mahu hubungannya dengan China terganggu, kerana AS memiliki kepentingan yang jauh lebih besar dengan China berbanding reaktor nuklear Korea Utara.


25 Mei 2009 
Melalui jurucakap Kementerian Luar Negeri Korea Utara seperti berikut “Jika Dewan Keamanan PBB melakukan sebarang tindakan provokasi, maka Korea Utara akan mengambil tindakan balas dengan meningkatkan pertahanannya ke tahap yang tertinggi.” 

27 Mei 2009 
 Korea Utara menyatakan bahawa ia tidak akan menghentikan permusuhan terhadap Amerika Syarikat. Ini adalah reaksi kepada penyertaan Korea Selatan dalam inisiatif Amerika untuk menyekat pengembangan senjata nuklear


19 Disember 2011
Pemimpin kuat Korea Utara, Kim Jong Il, 69 tahun, meninggal dunia pada Senin, 19 Desember 2011. Kim mangkat setelah bertahan dari penyakit stroke yang dideritanya sejak 3 tahun lalu

Read more at: http://www.ruanghati.com/2011/12/19/pemimpin-korea-utara-kim-jong-il-meninggal-di-usia-69-tahun/
 Pemimpin Korea Utara akhirnya telah mangkat akibat stroke yang dideritanya sejak 3 tahun lalu dan diganti dengan anaknya Kim Jung Un.Dunia berjaga-jaga akan kemungkinan terjadinya perang nuklear dibawah pemerintahan Kim Jung Un.Ini dapat dibuktikan melalui negara-negara yang berjiran dengan Korea Utara membuat latihan ketenteraan bagi menghadapi sebarang kemungkinan brelakunya perang nuklear seperti jepun dan Korea Selatan.
Pemimpin kuat Korea Utara, Kim Jong Il, 69 tahun, meninggal dunia pada Senin, 19 Desember 2011. Kim mangkat setelah bertahan dari penyakit stroke yang dideritanya sejak 3 tahun lalu

Read more at: http://www.ruanghati.com/2011/12/19/pemimpin-korea-utara-kim-jong-il-meninggal-di-usia-69-tahun/

19 Desember 2011. Kim mangkat setelah bertahan dari penyakit stroke yang dideritanya sejak 3 tahun lalu. Selain stroke, Jong Il juga menderita diabetes dan jantung.

Read more at: http://www.ruanghati.com/2011/12/19/pemimpin-korea-utara-kim-jong-il-meninggal-di-usia-69-tahun/


19 Desember 2011. Kim mangkat setelah bertahan dari penyakit stroke yang dideritanya sejak 3 tahun lalu. Selain stroke, Jong Il juga menderita diabetes dan jantung.

Read more at: http://www.ruanghati.com/2011/12/19/pemimpin-korea-utara-kim-jong-il-meninggal-di-usia-69-tahun/

 NUKLEAR (DUNIA MENCARI KESEPAKATAN)

       Dunia sering diancam kemusnahan sama ada berpunca daripada perbuatan manusia atau bencana yang diturunkan Maha Esa. Sementara bencana alam seperti gempa bumi, ribut taufan dengan pelbagai nama, banjir dan tsunami sudah cukup memberi pengajaran kepada seluruh isi bumi, manusia juga secara langsung bersubahat memusnahkan dunia akibat ego, dendam kesumat, perbezaan agama dan warna kulit, keangkuhan kuasa, perebutan wilayah dan pelbagai alasan lain untuk menghalalkan sesuatu matlamat walau dengan apa cara sekali pun.  

       Teknologi nuklear, walau pun ia boleh membawa kebaikan kepada manusia dan dunia, namun keburukan yang berpunca daripada persengketaan menyebabkan ramai manusia terkorban dan harta benda musnah. Tamadun manusia yang dibina berpuluh-puluh abad, segala bangunan yang didirikan dengan keringat dan wang berjuta-juta serta alam semula jadi yang begitu indah, musnah dengan sekelip mata.

      Ledakan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki membuka tirai kemusnahan moden yang amat nyata dan menjadi pernyataan sejarah manusia. Penggunaan senjata nuklear kini menjadi ancaman besar dunia. Apabila senjata berbahaya ini digunakan secara meluas dengan hanya menekan butang daripada jarak ribuan kilometer atau dari pesawat tempur, dunia bertukar menjadi padang jarak padang terkukur dalam sekelip mata.

   Dunia mengalu-alukan ikrar Obama untuk mewujudkan dunia yang aman. Diharapkan Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear  kali ini membuka lebaran baru untuk kebaikan dunia dan seluruh umat manusia. Janganlah menjadikan pembangunan senjata nuklear sebagai strategi pertahanan kerana akhirnya ia akan memusnahkan diri sendiri.





 



3 comments:

  1. akua adalah aku29 April 2012 at 21:44

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. aku xsokong nuklear..life without nuklear

    ReplyDelete
  3. setiap benda ada baik dan buruknya....klau kita tersalah guna atau tersilap langkah maka buruklah jadinya....

    ReplyDelete