Pemimpin yang baik, Tentera yang baik dan Rakyat yang baik
MUHAMMAD AL-FATEH Penakluk Konstantinopel (ROM).
Penaklukan
Konstantinopel ini bermula sejak dari zaman Saidina Ali (34 Hijrah), Muawiyah
bin Abu Sufian (84 Hijrah), Sultan Sulaiman (91 Hijrah), Khalifah Harun
al-Rasyid (165 Hijrah) dan Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397 dan 1400 Masihi
tetapi semuanya gagal. Kenapa umat islam begitu ingin menawan Kota
Konstantinopel? Sebabnya, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,
“Kota Konstantinopel
akan jatuh ke tangan Islam.Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik
pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)
Selepas
800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi
kenyataan.Tetapi siapakah yang dimaksudkan dengan hadis di atas?
Sultan
Muhammad al-Fateh sejak di dalam buaian lagi telah diisyaratkan bakal menakluk
Kota Konstantinopel. Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835
Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 H. Sultan Muhammad al-Fateh merupakan anak Sultan
Murad II yang mewarisi empayar kerajaan Usmaniah. Baginda ialah khalifah ke 7
pemerintahan kerajaan Usmaniah.Nama sebenar baginda ialah Sultan Muhammad,
manakala al-Fateh merujuk gelaran baginda sebagai 'pembuka yang besar'
kerana berjaya menakluk Konstantinopel.
“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan
membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang ada di dalam buaian itu
(Sultan Muhammad al-Fateh).” Syeikh Syamsuddin Al Wali.
Sejak
kecil lagi, Sultan Muhammad al-Fateh telah dilatih hidup
sederhana, dididik ilmu agama oleh Syeikh Bayram, Syeikh Syamsudin al-Wali dan
Syeikh al-Kurani.Manakala ilmu kepahlawanan dan peperangan telah di ajar oleh
Panglima Tharhan iaitu bapa saudara Sultan Muhammad al-Fateh.Baginda membesar
sebagai pemuda tampan.Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi.Pipinya putih
kemerah-merahan dan hidungnya mancung.
Semasa
berumur 16 tahun, Sultan Muhammad al-Fateh diberi tanggungjawab untuk memangku
tugas sultan setelah pemergian ayahandanya, Sultan Murad ke Pulau Magnesia.Di kala
itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh.Pernah Maharaja
Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan
adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh
guru-guru tersebut pulang. Baginda mula menaiki takhta ketika
berumur 19 tahun selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Murad II.
Baginda
menjadikan Adrianopel (Adana) sebagai pusat pemerintahan bagi memudahakan
cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berumur 21 tahun Sultan
Muhammad al-Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20
Jamadil Awal 857 Hijrah.Untuk
menawan kota Konstantinopel bukanlah mudah. Pelbagai halangan dan rintangan
perlu dihadapi oleh Sultan Muhammad al-Fateh.Kata-kata Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud, “Kota Konstantinopel hanya
dapat ditawan oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.”
melekat di hatinya.
Pelbagai persiapan yang telah
dilakukan Sultan Muhammad al-Fateh sebelum menakluk Konstantinopel.Baginda membina
Rumeli Hisarri yang
bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serban,
mengangkat batu dan pasir sehingga orang ramai semakin bersemangat melakukan
kerja membina tembok itu. Walaupun tembok ini pernah diruntuh oleh tentera Konstantinopel,
tetapi tidak mematahkan semangat Sultan Muhammad al-Fateh untuk menawan Konstantinopel.Baginda
juga mengarahkan penggalian terowong rahsia untuk menyelamatkan Urban yang
mahir membuat meriam.
Rumeli
Hisarri
Untuk
menawan Konstinopel, Sultan Muhammad al-Fateh memerlukan tentera yang baik
seperti yang diriwayatkan oleh hadis Nabi Muhammad S.A.W. Apakah kehebatan
tentera baginda sehingga digelar sebaik-baik tentera?
Tentera yang baik
Sultan
Muhammad al-Fateh mengarahkan 250, 000 tentera Turki menjalani latihan
ketenteraan di Pulau Magnesia.Mereka berlatih selama 40 hari untuk meningkatkan
ketakwaan dan kemahiran berperang sebelum menakluk Konstantinopel.Mereka
seperti singa pada siang hari dan menjadi abid pada waktu malam.
Suatu
hari, Sultan Muhammad al-Fateh jatuh sakit.Baginda teringin memakan buah
delima.Panglima Tharhan meminta Sulaiman Olgo dan beberapa tentera mencari buah
delima di hujung pulau. Mereka menjumpai kebun delima itu tetapi tidak menemui
tuan punya kebun. Mereka sepakat tidak mengambil sebiji pun buah delima kerana
tidak sanggup memberikan buah yang haram kepada sultan.Kemudian mereka berjalan
dan melalui sebatang sungai.Tiba-tiba lalu sebiji delima dibawa arus sungai
itu.Mereka tetap tidak mengambil delima tersebut walaupun delima itu terjatuh
ke dalam sungai dihanyutkan air.Akhirnya mereka pulang tanpa membawa sebiji
delima pun.
Rupa-rupanya
kehadiran tentera di kebun delima itu diintip oleh tuan kebun. Tetapi tuan
kebun itu ingin menguji tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Ternyata tentera
Sultan Muhammad al-Fateh adalah tentera yang baik. Kalau mereka tentera yang
jahat sudah pasti mereka akan mengambil buah delima dan mempersembahkan kepada
sultan. Akhirnya, tuan kebun delima itu menghadiahkan buah delima kepada Sultan
Muhammad al-Fateh.
Rakyat yang baik
Sultan
Muhammad al-Fateh keluar dari istana seorang diri lalu menyamar sebagai peminta
sedekah yang bisu dan pekak.Baginda singgah rumah orang kaya lalu memberi
isyarat meminta air minuman. Dengan senang hati tuan rumah itu memberinya
minuman dan menawarkan pekerjaan yang sesuai. Baginda menolak dengan baik
pelawaan orang kaya tersebut dan menuju ke sebuah rumah keluarga miskin.Tuan
rumah itu ingin memberi makan dan minum kepada baginda walaupun makanan mereka
cukup untuk mereka sahaja. Akhirnya baginda meninggalkan rumah keluarga miskin
itu apabila tuan rumah ke dapur untuk mengambil makanan. Baginda terharu kerana
walaupun keluarga itu miskin tetapi mereka bersikap baik dan memuliakan tetamu.
Baginda
meneruskan perjalanannya dan menyamar sebagai seorang musafir. Baginda singgah
disebuah rumah dan menerima pelawaan tuan rumah yang mengajak baginda bermalam
di rumahnya. Sebagai merai tetamu, tuan rumah itu menyembelih seekor kambing
peliharaannya. Tuan rumah itu meminta anaknya untuk menghantar ke rumah
jirannya sehingga berjalan ke seluruh kampung tetapi tidak ada yang mahu
menerima kerana masing-masing sudah cukup makan dan menyuruh diberikan kepada
orang yang lebih memerlukannya. Baginda bertanya kepada tuan rumah mengenai
pemerintahannya.
Baginda
berasa gembira apabila tuan rumah mengatakan Sultan Muhammad al-Fateh seorang
yang baik walaupun masih muda tetapi mereka selamat di bawah pemerintahannya.
Dan rakyat sayang kepadanya walaupun tidak pernah berjumpa dengan Sultan
Muhammad al-Fateh.
Melancarkan serangan keatas Konstantinopel
Sultan
Muhammad al-Fateh telah membahagikan tenteranya kepada lima pasukan iaitu
setiap pasukan mengandungi 50, 000 tentera dengan diketuai oleh seorang ketua.
Panglima Tharhan, Panglima Khalil Pasya, Panglima Hamzah Pasya dan Panglima
Zaqhanus memimpin tentera laut. Pada hari yang ditetapkan berangkatlah 250, 000
tentera Turki dari Adrianopel menuju ke kota Konstantinopel. Baginda meniru
cara pembukaan Kota Mekah oleh Nabi Muhammad SAW, apabila memilih jalan lain
yang tidak pernah dilalui oleh sesiapa menyebabkan pergerakan mereka tidak
dapat dikesan oleh tentera Rom.
Pada
hari Khamis 6 April 1453, keempat-empat pasukan tentera tiba di kota
Konstantinopel kecuali tentera jalan laut kerana kapal mereka tidak dapat
memasuki Tanduk Emas kerana disekat oleh rantai besi raksasa. Pada keesokan
harinya iaitu pada hari Jumaat bertarikh 7 April 1453, selepas solat Subuh
tentera Turki berzikir beramai-ramai hingga suara mereka bergema sampai ke Kota
Konstantinopel.Maharaja Konstantine dan tenteranya terkejut dan terpinga-pinga
apabila mendengarnya.
Sebelum
memulakan peperangan, Sultan Muhammad al-Fateh telah memberi dua pilihan kepada
kepada Maharaja Konstantine iaitu memeluk Islam atau menyerahkan kunci Kota
Konstantinopel.Tetapi Maharaja Konstantine memilih untuk berperang.Maka
berlakulah serangan demi serangan yang memakan masa 53 hari.Apa yang menarik
mengenai penaklukan ini ialah Sultan Muhammad al-Fateh telah memindahkan 70
buah kapal perang berlayar di atas daratan merentasi Semenanjung Fera lalu
berlabuh depan Kota Konstantinopel. Bagaimana baginda dapat melakukan pelayaran
di darat hanya dalam satu malam? Dalam peperangan ini, baginda juga menggunakan
sejenis senjata yang ampuh iaitu meriam yang dikenali sebagai The Great Turkish Bombar..
Meriam
yang digunakan semasa penawanan Kota Konstaninopel
Sebaik-Baik Raja
Pada
30 Mei 1453, akhirnya Kota Konstantinopel jatuh ketangan umat Islam. Sultan
Muhammad al-Fateh telah menukar Kota Konstantinopel kepada nama Islambul (Islam
keseluruhannya) atau dikenali kini sebagai Istanbul. Baginda menukarkan Gereja
Aya Sophia kepada Masjid Aya Sophia.Apabila tiba hari Jumaat, mereka bersedia
hendak mengerjakan Solat Jumaat tetapi gurunya, Syeikh Syamsudin al-Wali
menolak untuk menjadi Imam.Maka Sultan Muhammad al-Fateh telah mengumpul
tenteranya di hadapan Masjid Aya Sophia.
Baginda
berseru, “Siapakah antara kalian
yang pernah meninggalkan solat fardu lima waktu, sila duduk”.Ternyata
tiada yang pernah meninggalkan solat fardu kerana tenteranya tiada yang duduk.
Baginda
menyeru lagi, “Siapakan antara kalian
yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk.”Separuh antara
tenteranya duduk.
Kemudian
Sultan Muhammad al-Fateh bertanya lagi, “Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat tahajud,
sila duduk” Semua duduk, kecuali seorang.Dia adalah Sultan
Muhammad al-Fateh sendiri.Jadi, Sultan Muhammad al-Fateh paling layak menjadi
imam.
Masjid Aya Sophia
merupakan sebuah gereja sebelum penawanan Kota Konstantinopel.Kini masjis Aya
Spohia merupakan sebuah muzium di Turki.
Istana Topkapi merupakan kediaman
Sultan Muhammad al-Fateh setelah menawan Kota Konstantinople.
Makan Syuhada, Abu Ayub al-Ansari
Selain
itu, misi baginda di Kota Konstantinopel ialah mencari makam Syuhada, Abu Ayub
al-Ansari iaitu sahabat Nabi Muhammad SAW yang syahid semasa menyertai
peperangan menawan Konstantinopel di zaman Bani Umaiyyah. Abu Ayub al-Ansari
membuat wasiat supaya dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Konstantinople.
Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab,
"Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W
mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut &
aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja
yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan
oleh baginda."
Ketika berada di kemuncak
kegemilangan, Sultan Muhammad al-Fateh memerintah 25 menakluk
Italia, Hungari, dan Jerman.Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan
Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeribuah negeri.Baginda mangkat
akibat diracun oleh seorang Yahudibernama Maesto
Jakopa ketika membuat persiapan menakluk Rhodesia.Sultan Muhammad
al-Fateh mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 tahun.




No comments:
Post a Comment