Tanpa ibu siapalah kita di dunia ini 9 bulan 10 hari mengandungkan kita. Tiada bayaran yang diminta untuk semua itu begitulah kasih seorang ibu kepada anak. Pengorbanan seorang ibu tidak terbalas dengan wang ringgit. Rasa ingin mengajak anda semua untuk melihat satu video berkisahkan seorang ibu namun sebelum itu kosongkan minda anda, cuba selami ape yang cuba disampaikan saya tinggalkan anda seketika untuk menatapi video yang ingin saya kongsikan
begitulah ceritanya. Saya ingin bertanya kepada pembaca yang masih mempunyai ibu, berapa ramai yang telah kehilangan ibunya walaupun sebenarnya ibunya masih ada, berapa ramai yang ambil kisah dengan kesihatan ibunya, berapa ramai yang menelefon ibunya dikampung atau sebaliknya ibunya yang menelefon kerana kerinduan, berapa ramai yang memberikan hadiah supaya ibunya merasa bahagia mempunyai anak-anak yang soleh bagi mereka yang ibunya sudah tiada berapa ramai yang mendoakan kesejahteraan ibunya. Shabas dan tahniah kepada mereka yang mendoakan dan menjaga ibu mereka dengan baik bagi tapi sebaliknya takziah diucapkan.
tiada kata sechantek bahasa...
ReplyDeletetiada gambar sechantek lukisan...
tiada kasih sehebat ibu...