Assalamualaikum w.b.t.... segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. Di kesempitan masa untuk menulis ini, saya sekali lagi diberikan ilham walaupun agak lama blog ini tidak tercalit dengan nokta-nokta kerana kekangan masa namun atas ilham yang diberikan rasa rugi jika ianya tidak di kongsi.
Renungkan seketika!!!
saja diberikan tajuk sebegitu, maaf jika ianya kasar sedikit namun begitu mungkin kekerasan ini mampu melenturkan hati ini yang sedang menulis dan sentakkan kepada pembaca. Biar bicara ini bebentuk madah biarkan sang 'kau' mula berfikir. Putaran demi putaran masa yang berlaku sehingga menyebabkan ummah ini meninggalkan segala kewajipan yang telah difardukan, segala mula lari dari paksi fitrah kehidupan seorang muslim, langkah mengejar metrialistik mula dipasang, penindasan demi penindasan menjadi teman sejati biarkan salah asal matlamat kau tercapai peduli apa yang mereka katakan tentang 'kau', mungkin mereka busuk hati dengan kelebihan yang 'kau' ada.
Begitulah dalam melalui kehidupan seharian tiada lagi zikir-zikir yang membasahi lidah dan bibir tetapi ianya ditukar dengan maki-maki yang berbunga-bunga yang menyebabkan hati nya mati dan kaku, 'kau' kini memang begitu dendam yang gunung dihati diada dikikis yang sababatnya bernama Amarah, tiada lagi kemaafan buat kesalahan, tiada lagi sikap membantu segalanya dengan upah dan ganjaran. Jika semasa kau berjalan terlihat akan engkau sebuah van yang penuh dengan wang yang bernilai bertembung lalu terbalik, ingin aku bertanya kepada 'kau' apa yang akan 'kau' lakukan menyelamatkan nyawa atau wang pastinya wang bukan! laungan demi laugan tapi kini telinga kau telah dipekakan matinya ia tanpa bisikan syahadah di teliga. Kitalah juara segala maksiat dimuka bumi ini sedangkan mereka masih melekehkan kita kerana apa yang kita lakukan sedangkan kita telah di didik dengan acuan yang sempurna jika dikumpulkan segala piala dan pingat tempat lagi hendak dikumpulkan sedekit VT buat tontonan
Islam hanya pada nama
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya,dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". (Riwayat Baihaqi)
Keterangan:
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.
Rasulullah role model
Jika dikatakan kepada kau Islam itu pengecut,penganas,pembunuh dan sebagainya 'kau' teriak kemarahan sedangkan diri 'kau' sebaik cerminnya. Jika di teropong kepada ummat Islam kini segala corak hidup dan acuan yang penuh kasih- sayang, hormat, patuh dan segala nilai murni yang digilap oleh Baginda Junjungan besar nabi Muhammad s.a.w telah mulai dilupakan bagai mana uslub dan gerak kerja yang digunakan oleh baginda. sebagaimana hadis rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” (HR Imam Malik)
يَأّيُّهَا النَّبِىُّ اتَّقِ اللهَ وَلاَ تُطِعِ الْكَفِرِينَ والْمُنَفِقِينَ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Tafsirnya: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu contoh ikutan baik."
dan sememangnya bagi 'kau' yang seorang muslim menjadikan contoh rasulullah sebagai contoh ikutan. sebagaimana baginda menunjukkan akhlak yang terpuji sehinggakan mampu mimikat hati yang dulunya benci dan menjadi baginda sebagai musuh namun atas kebijaksanaan dan kehalusan budi bicara serta tingkah laku. satu riwayat yang boleh diutarakan disini, semasa hayat Baginda, ada seorang wanita yang sangat benci kepada Rasulullah S.A.W, Bila sahaja wanita itu ternampak Rasulullah lalu di hadapan rumahnya, dia mengambil penyapu lalu lalu memukul Baginda. Walaupun begitu Rasulullah sentiasa memberi salam kepadanya sekalipun salamnya itu tidak pernah dibalas oleh wanita itu. Pada suatu hari semasa Rasulullah berjalan di depan rumahnya seperti biasa, Rasulullah menjadi hairan kerana wanita itu tidak kelihatan. Maka
Baginda pun bertanyakan jiran-jirannya. Jiran-jiran wanita itu pula berasa hairan dengan sikap Rasulullah kerana mereka tahu bahawa wanita itu cukup benci kepada Rasulullah sebaliknya Rasulullah pula bertanyakan ke mana pula wanita itu pergi.
Baginda pun bertanyakan jiran-jirannya. Jiran-jiran wanita itu pula berasa hairan dengan sikap Rasulullah kerana mereka tahu bahawa wanita itu cukup benci kepada Rasulullah sebaliknya Rasulullah pula bertanyakan ke mana pula wanita itu pergi.
Dengan perasaan hairan, jiran-jiran wanita itu memberitahu bahawa wanita itu sedang sakit dan tidak kuat untuk bangun. Sebaik sahaja baginda mendengan berita itu, Rasulullah pun terus masuk kedalam rumah wanita itu. Dengan tidak membuang masa, Bagindapun tolong mengemas rumahnya, memasak serta menimba air untuknya. Wanita itu begitu hairan melihat perangai Rasulullah yang sudi membantunya meskipun dia benci terhadap Rasulullah. Sebaik sahaja dia melihat Rasulullah sudi membantunya akhirnya hati yang keras itu menjadi lembut.. Dia tertawan dengan ketinggian budi Rasulullah itu. Akhirnya dia berasa kesal di atas kekasarannya terhadap Rasulullah. Semenjak dari hati itu wanita itupun menjadi seorang muslimat yang sopan dan baik akhlaknya serta taat mengerjakan perintah-perintah Allah. Walaupun junjugan besar Nabi Muhammad telah beribu tahun pergi meninggalkan kita,segala khazanahnya telah diturunkan tiada sedikitpun yang tertinggal.
Islam dikaca mata "mereka"
Jika dilihat kepada akhlak generasi zaman ini dan jika "mereka" menerima segalanya tanpa kajiaan pasti mereka akan menolak Islam. Apatah lagi jika ingin melaksanakan hukum Islam pasti ianya akan di cemuh oleh "mereka" salahkah mereka kerana itu, tidak! barang kali kita jua lah yang menyebabkan imej itu tercalar. ada antara mereka yang mengkaji lebih menghayati apaertinya seorang muslim dari kita yang asalnya lahir dan diazan kan diteliga yang lebih awal mendengar kalam Allah ini sejak kecil lagi berbanding mereka yang terpaksa mengali kebenarannya tetapi mereka mampu menghayati ajaran islam dengan lebih baik. Wahai 'kau' kembalilah kepada fitrah ini sebagai mane Allah berfirman:
“
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam
(dengan mematuhi) segala hukum-hakamnya; dan janganlah kamu menurut
jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang
terang nyata”…
Al-Baqarah; 208
Jangan kau ragu akannya lihatlah dengan
mata hati bukan dengan padangan nafsu sedangkan mereka lebih memahaminya dari
kau

No comments:
Post a Comment