Ketika sedang sibuk membangunkan blog ini terbaca akan saya satu tajuk yang amat menarik kerana perkara ini merupakan satu kefarduaan bagi orang islam. Solat yang sempurna mampu menyembuhkan beberapa penyakit, betapa untungnya mereka yang melaksanakan dengan baik.
Solat bukan ibadat biasa, tetapi ia manifestasi hebat yang dianugerahkan kepada manusia – zahir dan batin.
SUJUD DENGAN SEMPURNA….kajian
membuktikan apabila seseorang sujud rongga dada akan bertambah besar dan
paru-paru akan berkembang dengan baik bagi menghirup udara bersih
selain melancarkan pengaliran darah. Jangan terkejut amalan solat yang dilakukan setiap hari adalah terapi paling berkesan merawat pelbagai penyakit berbahaya.
APA BUKTI DARI SAINTIFIK?
Jom lihat penerangan ini kalau malas baca boleh klik video lihat bagaimana kajiaan yang di buat bersama seorang penyelidik bukan beragama Islam Ng Siew Cheok yang mengakui solat menpunyai kelebihan
Dalam buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah karya Dr Mohammad Ali Toha,
Prof Dr Syahathah dari Fakulti Perubatan, Universiti Alexandria, Mesir
membuat kajian bahawa ‘istinsyaq’ atau memasukkan air melalui hidung
ketika berwuduk membersihkan hidung daripada kuman.
Cara melakukannya ialah dengan memasukkan air seperti menarik nafas
dengan kekuatan sederhana kemudian mengeluarkan air itu dengan hembusan
yang kuat.
Kaedah itu jika dilakukan dengan sempurna mampu mencegah 17 penyakit
berbahaya, antaranya mata, telinga kulit, radang kerongkong, batuk dan
penyakit paru-paru dan penyakit mental. Percayalah, jika Allah
memerintahkan sesuatu ibadah itu, pasti ada hikmah dan manfaat kepada
manusia.
Apakah kesan langsung dalam setiap pergerakan yang dilakukan ketika
kita menunaikan solat lima waktu? Di dalam sebuah kitab fiqh ada
menyentuh mengenai solat iaitu Muniyatul Musalli. Ia menggambarkan solat
adalah persembahan terbaik kepada Khaliq (Allah). Solat yang tidak
khusyuk ibarat persembahan hadiah yang tidak bernilai. Justeru, setiap
Muslim perlu mempunyai hati yang bersih bagi khusyuk dalam solat.
Pernahkah kita berfikir mengapa perintah bersolat lebih awal dari ibadat
puasa atau amalan lain? Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah
memberikan perintah bersolat kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara terus
tanpa perantaraan sesiapa di Sidratul Muntaha. Kelebihan bersolat
dibuktikan sendiri Rasulullah, apabila ditimpa kesukaran dan kesedihan,
Baginda akan berkata kepada Bilal: “Tenteramkanlah hatiku, wahai Bilal.”
Maka Bilal pun mengalunkan azan. Kemudian mereka mengerjakan solat
secara berjemaah.
Pakar perubatan mengakui solat yang khusyuk adalah amalan meditasi
yang ideal. Bacaan dalam solat menyebabkan manusia berada dalam keadaan
antara jaga dan tidur.
Cuba praktikan kepada diri sendiri, apabila menghadapi masalah, kerjakan solat sunat dua rakaat dan lihat hasilnya.
Malah, pergerakan dalam solat mempunyai maksud penghambaan kepada Allah apabila dilakukan dengan fokus dan toma’ninah.
Ia lebih mujarab jika kita memahami setiap bacaan dalam solat. Memang
bukan mudah untuk khusyuk dalam solat kerana syaitan sering mengganggu
dan melalaikan manusia.
Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita jangan tidur selepas makan, tetapi berzikir dan bersolat.
Diceritakan, suatu hari Abu Hurairah sakit perut lalu Nabi berkata:
“Bangkit dan bersolatlah kerana sesungguhnya ada perubatan dalam solat.”
Menurut kajian penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Biomedikal
Universiti Malaya (UM) solat boleh merawat pelbagai penyakit kronik.
Ketua Penyelidiknya, Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim, berkata
setiap gerakan solat mempunyai manfaat besar yang mampu meningkatkan
kesihatan manusia secara optimum. “Hasil kajian membuktikan gerakan
dalam solat seperti berdiri betul, takbiratul ihram, iktidal, rukuk,
sujud, duduk antara dua sujud, tahiyat menyamai senaman ringan.
“Solat yang lengkap lima kali sehari semalam, memahami makna bacaan,
rukuk dengan betul serta melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud
dan tahiyat akhir akan mendapat komposisi tubuh yang baik.
“Berbeza dengan mereka yang tidak melakukan perkara berkenaan komposisi tubuh mereka kurang baik,” katanya.
“Keputusan kajian juga mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat
selama sebulan, melakukan rukuk pada kedudukan 90 darjah, sakit pinggang
berkurangan,” katanya.
Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Jika
kamu rukuk, letaklah kedua-dua tanganmu pada kedua-dua lututmu, kemudian
renggangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang
belakangmu mantap di tempatnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu
Hibban) Selain itu, pergerakan sujud pula membuatkan seseorang bukan
saja menjadikan otot besar dan kuat, tetapi saluran darah seperti
arteri, vena serta urat limfa akan terurus.
Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Aku diarahkan untuk sujud di
atas tujuh anggota sujud: di atas dahi dan Nabi menunjukkan ke arah
dahinya (termasuk hidung) dan kedua-dua belah tangan dan kedua-dua lutut
dan kedua-dua hujung kaki.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Dengan
mengamalkan jari kaki membengkok ketika gerakan sujud, duduk antara dua
sujud dan tahiyat akhir mendapati ia mampu membakar lemak dalam badan
selain mengurangkan risiko penyakit jantung.
penyakit
yang menyebabkan kerapuhan tulang itu dialami 200 juta wanita di
seluruh dunia. Di Malaysia pula, dianggarkan sejuta orang berhadapan
risiko osteoporosis dengan 29 peratus daripadanya lelaki.
Pada 1997 kejadian keretakan pinggul di Malaysia di kalangan mereka yang berusia 50 tahun ke atas adalah dalam nisbah 90 bagi setiap 100,000 individu dan wanita adalah antara tiga hingga lima kali lebih berisiko mengalami masalah keretakan pinggul berbanding lelaki.Solat mampu mengelak tulang dari cepat mereput.
Pada 1997 kejadian keretakan pinggul di Malaysia di kalangan mereka yang berusia 50 tahun ke atas adalah dalam nisbah 90 bagi setiap 100,000 individu dan wanita adalah antara tiga hingga lima kali lebih berisiko mengalami masalah keretakan pinggul berbanding lelaki.Solat mampu mengelak tulang dari cepat mereput.
![]() |
| Memberikan salam ke kanan |
![]() |
| Memberikan salam ke kiri |
Fatimah berkata setiap pergerakan dalam solat iaitu bermula dari
berdiri tegak sehingga selesai memberi salam mempunyai kelebihan dan
keistimewaan masing-masing. “Memberi salam ke kanan dan ke kiri adalah
amalan baik bagi menyelesaikan masalah kerapuhan tulang tengkuk,”
katanya. Bagi Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas, solat yang
dilaksanakan lima kali sehari cukup dijadikan asas senaman rutin. “Solat
boleh dianggap senaman fizikal yang istimewa kerana di dalamnya
mengandungi pergerakan yang menyamai senaman regangan otot.
“Ia memberi kesan positif terhadap psikologi, tulang otot dan
serebral. Semasa bersolat, otot dan sendi turut bergerak,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penyelidik, Ng Siew Cheok menyifatkan ibadah
solat yang dilakukan seorang Muslim menghasilkan keadaan otak yang
tenang.
“Keadaan itu dicapai sebelum seorang itu bergerak untuk sujud. Selain
itu, solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan seseorang.
“Ketika toma’ninah (berhenti seketika) di dalam solat adalah waktu
seseorang itu dijangkakan akan berada dalam keadaan tenang. Justeru,
setiap perbuatan dalam solat perlu dilakukan dengan teratur dan tidak
tergesa-gesa,” katanya.
RUJUKAN DARIPADA:
- http://wirajiwa.bumicyber.com
- http://www.oaskl.org



No comments:
Post a Comment