Kehadiran mat piang disini ingin
berkongsi kelebihan yang ada pada negara tercinta ini. di sebalik awan yang
seakan-akan menceritakan sesuatu yg belum tahu apa dia. memerhati burung-burung yang berkicauan di atas pokok yang merimbun,
dengan suasana petang yang menggamit perasaan di bukit kubu membuatkan mat
piang kagum dengan keindahan alam semesta ciptaan ilahi. Terlintas sejenak di
benak fikiranku untuk menilai sesuatu anugerah alam semulajadi yang perlu
dipelihara dan dikekalkanbagi mengangkat martabat negara kita di mata dunia
Warisan adalah sesuatu yang diwarisi dari
generasi yang terdahulu. Ia merupakan khazanah negara yang pernah atau sedang
dimiliki oleh seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat atau manusia sejagat
yang menjadi tanggungjawab bersama untuk dilindungi dan dikekalkan. Warisan
kita adalah ilmu, pengetahuan dan kepakaran yang diwariskan kepada kita memalui
cara hidup, kepercayaan yang dijelmakan melalui objek budaya. Ia menggambarkan
memori keseluruhan hidup masyarakat serta melambangkan ketamadunan sesuatu
masyarakat itu. Tapak Warisan Dunia bermaksud sesuatu yang mengandungi nilai sejarah
yang tinggi, yang diwarisi daripada generasi yang terdahulu. Misalnya hutan,
gunung, tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks dan bandar. Di antara
contoh-contoh Tapak Warisan Dunia ialah Angkor Wat di Kemboja, Candi Borobodour
di Indonesia, Tembok Besar China di Negara China, Piramid Giza di Mesir, dan Taj
Mahal di India.
Di antara pembahagian skop warisan berdasarkan kepada Akta Warisan
Kebangsaan 2005 terbahagi kepada empat kategori iaitu tapak warisan, objek
warisan, warisan kebudayaan bawah air dan warisan orang hidup. Tapak warisan merupakan kawasan atau
zon warisan kebudayaan seperti tapak arkeologi, bandar, kampung dan lain-lain
termasuk momumen, bangunan, dan tapak alam semulajadi seperti hutan, tasik dan
lain-lain termasuk flora dan fauna. Seterusnya ialah, objek warisan iaitu
meliputi benda-benda purba mudah alih, artifak, warisan kebudayaan ketara dan
warisan kebudayaan tak ketara yang telah diwartakan di bawah Akta Warisan
Kebangsaan 2005. Harta karun (harta yang sengaja disorokkan) tidak termasuk di
bawah kategori ini. Selain itu, warisan kebudayaan bawah air merupakan warisan yang berada di
bawah permukaan laut yang mempunyai hasil atau kesan campurtangan manusia yang
meliputi tapak, struktur, bangunan, artifak, pesawat udara, kapal, kargo, objek
prasejarah serta gabungan kesan arkeologi dan alam semulajadi yang telah
diwartakan di bawah Seksyen 63, Akta Warisan Kebangsaan 2005. Di samping itu, warisan orang hidup
merujuk kepada mana-mana tokoh yang
masih hidup yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan warisan
serta telah diisytiharkan sebagai Warisan Orang Hidup di bawah Seksyen 67, Akta
Warisan Kebangsaan 2005.
Untuk pengetahuan kawan-kawan ketika
kita asyik menilik nasib yang tiada penghujung hiba.mengingatkan mat piang pada
suatu tarikh yang amat bermakna bg diri mat piang dan seluruh rakyat Malaysia
dimana pada tanggal 7 Julai 2008 merupakan tarikh yang cukup
bermakna bagi negara kita. Pada tarikh ini, dua tempat bersejarah di negara
kita iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah dan Georgetown telah diiktiraf sebagai
Tapak Warisan Dunia (TWD) bagi kategori bandaraya (Bandaraya Warisan Dunia -
BWD). Pengiktirafan ini dilakukan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Sebelum ini, pada tahun 2000, Taman
Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di Sarawak turut diiktiraf sebagai
Tapak Warisan Dunia bagi kategori alam semula jadi. Bagi keistimewaan Melaka
dan Georgetown sehingga berjaya dipilih sebagai Bandaraya Warisan Dunia adalah
kerana Melaka dan Georgetown sememangnya mempunyai ciri-ciri sejarah yang
istimewa. Melaka dan Georgetown merupakan bandar di pinggir Selat Melaka yang
telah dibangunkan sejak lebih 500 tahun dahulu sebagai pusat pertukaran
barangan dan budaya antara Timur dan Barat. Pengaruh
Asia dan Eropah dapat dilihat di bandar ini sehingga ke hari ini, sama ada
secara langsung dan tidak langsung. Pengaruh ini dapat dilihat pada bangunan,
tempat ibadah dan kubu yang dibina.
Tapak
Warisan Dunia yang diiktiraf di Melaka merangkumi kawasan seluas 214.6 hektar.
Kawasan ini melibatkan zon sekitar Bukit St. Paul yang terdiri daripada
bangunan-bangunan kerajaan, muzium, gereja dan kubu tinggalan Portugis dan
Belanda serta Bukit Cina, serta kawasan kediaman dan kawasan zon perniagaan
bersejarah yang merangkumi 600 rumah kedai, premis perniagaan dan bangunan
tempat tinggal, rumah-rumah ibadat dan makam-makam. Manakala di
Georgetown, kawasan yang dipilih ialah kawasan seluas 259.4 hektar. Kawasan ini
termasuk Lorong Love, Pengkalan Weld Lebuh Pantai, Jalan Masjid Kapitan Keling,
Lebuh Light, Lebuh Bishop, Lebuh Pasar serta beberapa lebuh lain.
Melaka dan George Town diiktiraf berdasarkan 3 kriteria
di antara 6 kriteria yang dipilih bagi penerimaan Tapak Warisan Budaya Dunia.
Kriteria ini termasuk ;
- "Melambangkan contoh luar biasa bandar perdagangan pelbagai budaya di Timur dan Asia Tenggara yang diwujudkan dari pertukaran perniagaan dan tamadun kebudayaan Melayu, Cina, India dan Eropah.
- "Bukti hidup kepada warisan dan tradisi pelbagai budaya Asia di mana agama dan kebudayaan utama bertemu. Pengwujudan bersama agama-agama tertentu terutamanya bangunan ibadat yang pelbagai adalah bukti kepada agama majmuk di Asia" dan
- "Mencerminkan pertemuan elemen-elemen budaya dari Kepulauan Melayu, India, China dan Eropah yang mewujudkan senibina, kebudayaan dan rupabentuk bandar yang unik dan tiada bandingan di Timur dan Asia Tenggara, khususnya senibina.
Apabila
sesuatu warisan itu telah diiktiraf sebagai TWD, hal ini akan dapat meninggikan
lagi nilai khazanah warisan itu. Warisan tersebut akan dilindungi sepenuhnya
dan dipelihara keaslian dan mutunya untuk tatapan generasi seterusnya. Apabila
kerajaan negara kita telah mendapat pengiktirafan TWD bagi Melaka dan
Georgetown, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan kedua-dua
tempat ini terus terpelihara dan dapat mengekalkan status tersebut.
Jawatankuasa tersebut, yang dinamakan Jawatankuasa Pengurusan untuk Tapak
Warisan Dunia Melaka dan Georgetown, dipengerusikan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan. Jawatankuasa inilah yang bertindak memelihara dan
memulihara kedua-dua Tapak Warisan Dunia tersebut daripada segala bentuk
tindakan yang boleh merosakkan nilai sejarah yang ada sehingga menyebabkan
pengiktirafan tersebut ditarik balik oleh UNESCO. Sekiranya status tersebut
ditarik balik, hal ini merupakan kerugian kepada negara kerana tapak itu tidak
lagi mempunyai daya tarikan kepada para pelancong, manakala generasi akan
datang tidak lagi dapat menatap sejarah yang pernah berlaku di negara mereka.
Bagi memastikan Tapak Warisan Dunia dijaga dan dipelihara dengan rapi, Program
Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO sentiasa membuat lawatan dari semasa ke
semasa ke tapak-tapak tersebut.
Malaysia
adalah negara kaya, bukan sahaja dari segi produk benda dan artifak tetapi juga
nilai-nilai yang perlu terus dipelihara dan diwariskan dari generasi ke
generasi. Warisan negara yang selama ini telah menambah nilai kepada hidup dan
jati diri rakyat Malaysia sebagai bangsa merdeka dan berdaulat, memang perlu
terus diperkasakan. Justeru langkah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan (KeKKWa) mewartakan 50 warisan kebangsaan negara adalah tindakan bijak. Namun cabaran
besar selepas pengisytiharan ini ialah tindakan susulan supaya warisan yang
telah diwartakan itu dapat dihargai, dipelihara dan mampu pula diwariskan
kepada generasi seterusnya dengan penuh kebanggaan. Namun cabaran besar selepas
pengisytiharan ini ialah tindakan susulan supaya warisan yang telah diwartakan
itu dapat dihargai, dipelihara dan mampu pula diwariskan kepada generasi
seterusnya dengan penuh kebanggaan. Apalah maknanya jika sesuatu itu di angkat
statusnya sebagai warisan tanah air tetapi ia tidak dipelihara dengan baik
sehingga masyarakat tidak merasai sebagai miliknya, dan menghargainya.
Dari
aspek ini, komitmen kerajaan ataupun KeKKWa sahaja untuk memulihara warisan
yang ada tidaklah mencukupi kerana warisan negara merupakan hak bersama
masyarakat. Sebagai hak bersama, masyarakat umum tentunya bertanggungjawab
untuk turut sama menghargai, mewarisi, memelihara dan mengembangkan warisan
negara. Selain itu, warisan yang disenarai - tapak warisan, objek warisan dan
warisan kebudayaan perlu dikawal agar imej dan prestijnya boleh terus
dipelihara. Seperkara lagi dalam era globalisasi dan liberalisasi dengan
sempadan negara bukan lagi batasan, isu mematenkan warisan negara juga perlu
diambil kira. Kita tidak mahu ada negara atau organisasi tertentu mendakwa
warisan negara, contohnya wayang kulit yang turut popular di negara lain
sebagai hak mutlak mereka. Warisan
negara seharusnya kekal dengan identitinya tidak mengira zaman. Ia harus tetap
memberi makna tanpa mengira zaman.
Sebelum
hujan membasahi bumi,sebelum petir sabung menyabung,elok lah mat piang
mengundur diri untuk kali ini. Bagi mat piang kita harus
berbangga dengan pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan
Dunia. Dengan pengisytiharan ini, selain
menyebarkan maklumat mengenai warisan kebangsaan ia juga dapat mendidik
masyarakat tentang pentingnya sejarah negara. Oleh itu,
wajarlah kita menyintai tanah air kita terutamanya khazanah warisan negara yang
cukup tinggi nilainya di kedua-dua tempat ini. Maka, bersama-samalah kita
memulihara khazanah ini supaya pengiktirafan ini kekal sampai bila-bila. Akhir
kata, mat piang menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan
silap dalam ciptaan karya agung pertama ini. Sekian salam kismis dan salam
madu, moga berjumpa tempat beradu.
YANG BENAR:mat piang yang hina
lg jijik
siapa mat piang ni..?
ReplyDeleteMUHAMMAD SHAHIR BIN JAMIL
ReplyDeletewalaupun tidak ku kenal siapa itu mat piang...bgku ia bagaikan bebola salju yg kdg2 keras apabila sejuk..dan menjadi cair apabila terkena sinaran matahari yg mempersona....mat piang adalah seorang khayalan semata-mata d alam maya yg menghiburkan setiap org yg bernyawa !!
ReplyDelete