Monday, 30 April 2012

INTELEKTUAL


Kita lihat, menjelang era pasca moden kini,perkembangan bidang keilmuan kepada manusia

semakin pesat. hal ini disebabkan keentengan untuk mendapatkan sumber-sumber bacaan dari dalam atau luar dimana-mana saja. Lebih membantu, carian mudah di alam maya -sistem internet yang terlalu luas dalam memperincikan setiap bidang ilmu yang diminati.

Dalam hal lain persekitaran ini boleh dilihat melalui pertambahan tenaga pengajar tempatan dalam bidang tertentu, kepelbagaian bidang baru yang dibuka ditempat pengajian tinggi bertambah dan kebolehan bijak pandai tempatan mengeluar idea-idea baru dalam proses membantu pencerahan ilmu kepada manusia sekitarnya. Selaras dengan itu – lebih utama, mengembangkan lagi kelahiran para intelektual baru dalam memandu sesebuah Negara dan masyarakat.

Intelektual lebih senang diolah maksudnya mengenai orang (kaum, golongan) terpelajar, cerdik pandai, cendekiawan: membentuk kesedaran dan menarik bakal-bakal yang sedang belajar atau mempunyai kemampuan yg tinggi utk berfikir (menggunakan akal budi).

Walaupun begitu terdapat banyak pendapat lain mengenai takrifan ini walaupun terdapat sedikit sahaja perbezaannya oleh sarjana-sarjana dari luar oleh kerana sesuai dengan persekitaran, tempat dan masanya.

Menurut, Julian Benda (1867-1956), dalam bukunya ‘Pengkhianatan Kaum Intelektual’ / La Trahison des Clercs, melukiskan bahwa intelektual merupakan sosok ideal yang kegiatan utamanya tidak mengejar tujuan-tujuan praktis, melainkan lebih ke arah pencarian dalam mengolah seni, ilmu atau renungan metafisik. Sehingga apabila ia menemukan kebenaran, lalu menyampaikannya, bererti ia menjalankan tugasnya kepada masyarakat. Sedangkan apabila ia menyampaikan kesalahan, bererti ia memberi kesempatan pada orang lain untuk menyuarakan kebenaran kepada masyarakat (memberi kesempatan orang lain untuk menjadi intelektual).

Sedangkan Edward W. Said (1995) merumuskan intelektual dalam bukunya Representation of The Intellectual” sebagai individu yang dikaruniai bakat untuk merepresentasikan pesan, pandangan, sikap, atau falsafah kepada umum. Aktualisasi yang bertujuan melahirkan kebebasan untuk memotivasi dan menggugah rasa kritis orang lain agar berani menghadapi ortodoksi, dogma, serta tidak mudah dikooptasi kuasa tertentu (rezim atau korporasi). Suatu tugas dan tanggung jawab intelektual yang senada dengan apa yang ditulis Noam Chomsky (1966),seorang profesor linguistik Amerika Syarikat, dalam “The Responsibility of Intellectual”, yaitu intelektual yang berada dalam posisi mengungkap kebohongan-kebohongan pemerintah, menganalisa tindakan-tindakannya sesuai penyebab, motif-motif, serta maksud-maksud yang sering tersembunyi di sana.

Dan, Sharif Shaary,seorang dramatis Malaysia yang terkenal, mendefinisikan bahwa intelektual bukan sarjana lulusan universiti, tetapi adalah seorang yang kenal akan keberanian dan berani pula memperjuangkan kebenaran itu, meski bagaimanapun tekanan dan ancaman yang dihadapinya, terutama sekali kebenaran, kemajuan, dan kebebasan untuk rakyat.

Walau terdapat pelbagai doktrin - teori atau pendapat mengenai tafsiran intelektual ini, sebagai muslim, asas intelektual islam telahpun dijelaskan dalam al-Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
(Hujurat: 6)

Dalam ayat di atas, dijelaskan kepada kita bahawa jika sampai suatu berita, maka hendaklah diperhatikan dahulu dari mana sumbernya. Ini adalah satu tindakan intelektual.

Intelektual Islam adalah subset atau sebahagian daripada kumpulan besar intelektual dalam dunia ini. Penapis intelektual Islam mesti condong kepada Islam. Seperti yang kita tahu sumber utama pemikiran Islam adalah al-Quran, as-sunnah dan ijmak ulama’. Oleh itu, penapis intelektual Islam mestilah condong kepada sumber-sumber ini.

Dari tu, seorang intelektual Islam akan menilai setiap maklumat yang diterimanya menggunakan penapis yang terdiri dari sumber-sumber tersebut. Sebagai contoh, jika seorang intelektual islam menerima suatu hadis dari seseorang atau dari sumber internet, beliau akan menapis hadis tersebut dengan merujuk kepada quran, sunnah dan ijmak para ulama’, dan beliau tidak mudah menerima hadis tersebut melainkan setelah ia terbukti bertepatan dengan sumber-sumber tersebut.

Begitu juga ketika seorang intelektual Islam mengeluarkan atau menyampaikan maklumat yang diketahuinya kepada umum. Sebagai contoh, jika seorang intelektual Islam mahu menyampaikan sepotong ayat Quran dan tafsirnya, beliau akan menapis ayat Quran dan tafsir tersebut agar ia bertepatan dengan ijmak ulama’ dan kandungan Quran yang asal, serta memikirkan kesan dari penyampaian maklumat tersebut.




Penambahbaikan & Cadangan

Hakikatnya, Pihak pemerintah perlu melihat dan mencorak penguasaanya kearah stabil dan menyeluruh dalam kata lain menyediakan kemudahan-kemudahan sebagai pendorong dan keselesaan, supaya golongan diluar bandar secara total tidak lagi terus terpinggir. Ini perlu supaya mereka tidak ketinggalan, sesuai untuk perubahan pemikiran dan celik untuk mengenal dan membuat perubahan yang lebih baik berkenaan kehidupan seharian mereka dalam membentuk proses ketamadunan yang berdinamik.

Bagi golongan intelek mereka perlu meneutralkan berkenaan fahaman politiknya, jika sesuatu perihal yang dikemukan oleh sesuatu pihak itu terang salah, perlu katakan salah sebaliknya jika benar, harus berterus terang benar. Akan tetapi haruslah beserta dengan hujah yang bernas. Pihak pemerintah juga perlu tidak mengatur dan mengawal fikrah golongan ini, biarkan mereka diberi kebebasan untuk melontarkan idea-idea dan pandangan baru walau terkadang ia bercanggah.

Apa pun ia satu kebaikan untuk menjadikan sesuatu negara dan masyarakat bertambah matang ruang tamadunnya . Lihat bagaimana pencapaian tamadun Islam terdahulu dalam pelbagai bidang keilmuan seperti Perubatan, kimia, matematik, sastera, astronomi dan sebagainya. Hasil daripada lahirnya pemikiran intelek seperti Ibn Rasyd, Jabir Ibn Haiyan, Abu Mansur al-Falaki serta sezaman dengannya dan bagi di Malaysia seperti Tok Kenali dalam bidang penulisan dan pengajian Nahu(tatabahasa arab).

“Pull the thorn of existence out of the heart! Fast! For when you do, you will see thousands of rose gardens in yourself” - Rumi




No comments:

Post a Comment