Ya, sememangnya jika ditanya pasti
inginkan yang elok-elok , cantik-cantik dan memadat unik. Tentang cara hidup
penuh dengan gaya “post-modernist”, kemewahan dan kesenangan. Terlalu sibuk
sehariannya mengejar not-not kertas yang tak bernyawa, sehinggakan lupa untuk
mengabdikan diri padaNya.
Pernah sesekali mendapat perkhabaran
gembira akan sedikit nikmatNya, ternyata kosong, mereka sengaja mensia-siakanya
walhal pandai membuat andaian, katanya ini semua hasil dari titik peluh
mereka,malahan perwatakan mula bercampur ranum dengan perasaan egoistik pekat yang
hina – ralit memijak-mijak jasad mereka.
Senda gurau tak tentu hala apatah lagi
gelak ketawanya menjadi-jadi, seolah-olah terkesima, lapar menunjuk-nunjuk,
keiblisan, kewalahan berlabon akan kekuasaan yang mereka ada.
Tentang keindahan alam semesta dan
tercipta bulan, bumi, matahari, langit, siang, malam serta kejadian
sekelilingnya oleh Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Pemurah, tidak lansung
mengubah mereka untuk mengenal diri sekaligus mengenal Tuhannya. Sebaliknya
kelakuan mereka mulai busuk-sebusuknya merosak, menghancur, merubah dan
mencabuli segala keindahan alam semesta kurniaanNya yang ada, mungkin boleh
dilihat tentang persekitaran sungai-sungai makin pucat dan kemuruk akan airnya ditindas
sederetan sampah sarap bercampur cecair kimia yang mungkin memudaratkan pada
bahan genetik sesuatu organisma (tumbuhan, haiwan dan hidupan lain) yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu
organisma dan kemerosotan kandungan oksigen didalam udara serta pemanasan
global semakin rancak membaham jasad manusia hari ini.
Sirah keangkuhan firaun dan kekufuran
Namrud - tidak pernah diambil teladan
dalam perjalanannya, setelah perasaan kekuasaan didalam dirinya mengatasi kebodohan
& kehodohan diri maka mereka cuba mencabar penciptanya dengan pelbagai cara
dan taktik, bahkan berani mengubah dan menokok tambah akan hukumNya, teguran
para mualim dikatakan sesat- kolot, berkontradiksi dengan dunia sendiri-sendiri
yang khayal dipuja mereka. mereka senang bermain dengan teori-teori,
doktrin-doktrin dan falsafah-falsafah barat yang ruang lingkupnya. hanya
sekadar bergantung kepada logik dan akal - bakal menjadi sampah juga nanti
suatu masa kelak.
Benar, walau apa cara sekalipun, kita
tidak boleh lari dari mati, alam barzakh dan alam akhirat ( tujuan pembalasan
dengan agamaNya). Gambaran keadaan sekitar hari pembalasan dapat dilihat jelas
bagaimana keadaan manusia yang pelbagai rupa & wajah. Ada yang menyesal, susah,
merangkak, senang, tenang serta pelbagai lagi seperti sebelum ini diterangkan
dalam KitabNya, disitu juga memperlihatkan lebih kuat lagi kekuasaan Allah
S.W.T itu benar dan tidak satu pun bohong. Bayangkan gambaran bagaimana Allah S.W.T
menghalau dan menyindir dengan mengatakan dengan suara yang kuat “carilah
cahaya mu itu didunia” kepada golongan yang ingkar arahanNya semasa hidup
didunia apabila mereka hendak menumpang cahaya(Nur) yang ada pada Golongan
Mukmin dalam menuju ke Padang Mashyar. Semoga sama-sama menghargai/bersyukur atas
pemberian nikmatNya serta patuh dan taat akan perintahNya supaya tergolong
dalam golongan Husnul Khatimah. InsyaAllah.
penceritaan yg baik...sesuai dngn zmn sekarng...tapi perkataan dlm 2 x brpa pham la...sprti kewalahan berlabon..ap mkna nya 2??
ReplyDeleteApabila semangat Namrud di jadikan wira tempur para wirawan sanjungan bangsa hina..
ReplyDeletepabila golongan yakjud dan makjud bersatu, maka terciplah sebuah karya agung ciptaan dajjal tuk memecah belahkan umat islam ... maka sama2 lah kita berdoa agar kita semua terpelihara....
ReplyDelete