Sunday, 29 April 2012

BERAGAMA TAPI BERTELANJANG!!!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera..... mungkin sebelum ini selalu kita mendengar orang atau ustaz-ustaz berkata tentang berpakaiaan tetapi bertelanjang tetapi dewasa kini terbit senario baru dikalangan masyarakat kita beragama tapi bertelanjang.Apa sebenarnya dengan maksud yang cuba kami sampaikan lebih mudah jika disampaikan melalui gambaran penceritaan.

Cerita berbentuk begini, ade 3 orang sabahat baik Ali,Ahmad dan Abu. Mereka bercadang untuk keluar untuk mengadiri jamuan makan, maka pada malam itu Abu dan Ahmad telah siap berpakaian cuma menunggu Ali yang sedang bersiap, seketika berlalu maka Ali keluar  Ahmad dan Abu memandang  lantas Abu bersuara " kau tak de baju lain yang lebih style k!" muka Ali merah semacam di tambah oleh sampukkan Ahmad " kalau macam ini kau pakai ko tak yah ikut kami, buat malu je!' lantas dengan nada marah, Ali menjawab" ialah aku tukar sekarang, ape entah tak kena dengan pakaian aku ini... pun aku tak tahu. ok ape baju ini?" kemudian Ali masuk semula ke dalam bilik, selepas 5 minit berlalu Ali keluar dari biliknya. Alangkah terkejutnya Abu dan Ahmad dengan tindakan Ali yang tanpa seurat benang pun ditubuhnya bila di tanya kenapa apa sebab dia berkelakuan sedemikian maka Ali dengan selamba menjawab " dah tu, ini salah, tu salah, baik tak yah pakai terus"  apa yang hendak dikaitkan  tajuk dan cerita ini adalah baju ibarat agama yang menutupi tubuh tetapi dewasa ini berapa ramai yang akhirnya menanggalkan agama mereka dari diri mereka.

kenapa gejala ini semakin menular dikalangan masyarakat. Terdapat beberapa faktor yang mungkin sedikit sebanyak dapat kami kupaskan berkaitan isu ini   diantara faktor tersebut adalah:

Didikan dari rumah.

Ape yang cuba diketengahkan dalam isu ini adalah lebih berfokus kepada ibubapa. Pendidikan yang diterapkan oleh ibubapa ketika anak-anak mereka melalui proses pembesaran. Kesibukan dunia menyebabkan ibubapa tiada masa untuk mendidik anak-anak mereka dengan bekalan ilmu akhirat, lebih malang lagi jika ibubapa juga tiada mampu kerana mereka tidak lagi mengamalkan gaya hidup seorang muslim dan akhirnya mereka membina matlamat dunia semata-mata kepada anak-anak mereka. Apabila lahir seorang bayi ke dunia ini ape yang terlintas di dalam lubuk hati seorang ibu dan ayah ialah mengimpikan anak-anak mereka menjadi seorang doktor, jurutera, pilot dan sebagainya, dengan kata lain menjadi seorang yang berguna pada agama, bangsa negara. Berapa ramai ibu dan ayah yang berada di luar sana bila anaknya lahir ke dunia ini terlintas dihatinya lalu mendoakannya sebegini "Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu atas kurniaan-Mu, jadikan zuriat kami zuriat yang sentiasa mentaati-Mu yang mampu memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara" berapa ramai yang mendoakan anak mereka sebegini, kebanyakannya lebih kepada kejayaan di dunia semata-mata.

Anak-anak adalah amanah Allah ini tidak di didik dengan sebaiknya untuk menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran ini. Ibubapa hari ini jika anaknya pulang ke sekolah di waktu petang, apa yang ditanyakan dahulu, sudah makan? macam mane pelajaran di sekolah? penat ka? atau soalan lain yang jarang-jarang ditanyakan sudah solat atau belum? Di mana kita menjadikan dunia sebagai kefarduaan maka hilang ketaatan kepada Allah.

Golongan yang bijak pandai
Apa yang dimaksudkan dengan golongan bijak pandai apabila mereka belajar sesuatu tetapi ilmu itu menipu mereka kerana nafsu terlebih dahulu menafsir dari akalnya. Bila di kaji sesuatu ilmu ianya tidak dikaitkan kepada Allah maka mereka lupa siapa diri mereka kerana ilmu yang di ilhamkan menyebabkan mereka dibutakan hati. Samalah seperti firaun yang tidak pernah ditimpa sakit sepanjang riwayat hidupnya akhirnya dia mengaku bahawa dirinya sebagai tuhan kerana kelebihan yang dikurniankan Allah. Golongan inilah yang menambah kekeliruaan dalam agama ini dengan tulisan dan hujah-hujah mereka. Mereka menolak segala yang tercatat pada kalam Illahi. Faktor ini yang terlalu mengancam umat islam kerana mereka ini pandai berdebat dan menarik golangan muda atau remaja khususnya.

lebih menyedihkan lagi di antara mereka bukan saja yang menggunakan ilmu sains tetapi ilmuan islam yang mengunakan hujah Al-quran dan hadis untuk kepentingan sesuatu pihak atau diri sendiri. Ulama yang memahami hanya mendiamkan diri saja kerana takut untuk berkata benar. Sebagaimana hadis nabi.

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman
ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". (Riwayat Ibnu Ady)

Keterangan:
Nabi S.A.W. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasiq. Sebenarnya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. Oleh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orang-orang yang berlainan pula. Bagi si jahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan. Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat  dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya. Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan halhal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.



Natijahnya
masyarakat mengambil jalan pintas, tidak lagi mengambil agama sebagai  guide line tetapi menjadikan keldai-keldai dunia sebagai rujukan. 

renungkan seketika apa yang telah dikatakan oleh baginda diakhir-akhir hayatnya:

3 comments:

  1. mane taknye sekarang ramai ustaz ramai pandangan yang ini ckp mcm ini yang ini cakap mcm ini.... yang mane satu btl pun tak tahu

    ReplyDelete
  2. bg pendapat mat piang yg serba kekurangan ini, yg mna baik kita jd kan contoh, dan mana yg salah kita jadikan sempadan....

    ReplyDelete
  3. tapi ramai yang keliru last2 tolak je kat tepi

    ReplyDelete