TAHUKAH ANDA?
DIOKSIN ANCAMAN KESIHATAN WANITA DALAM DIAM....PUTIH, BERSIH
TAPI. BAHAYA(PAD BIASA DI PASARAN)
Bagaimana kebanyakan tuala wanita di pasaran diproses?
DIOXIN...Pernahkah anda mendengar perkataan
ini?Pernahkah anda membaca artikel mengenainya?Percayakah anda hampir 95% semua masalah wanita pada masa ini adalah
berpunca dari masalah Dioxin ini? Pernahkah anda mengalami masalah ini:
i) Senggugut
ii) Keputihan
iii) Kegatalan bahagian faraj
iv) Kitaran haid yang tidak menentu
v) Sakit belakang ketika haid
vi) Kekuningan
vii) Ruam
viii) Trichomoniasis
viiii) Genital warts (Ketuat)
x) Faraj berlendir / berbau
xi) Endometriosis
Hasil kajian menunjukkan daripada 100 orang wanita, 95%
daripadanya mengalami salah satu masalah di atas.Ini sebenarnya adalah gejala
awal kepada permasalahan yang lebih besar iaitu KANSER SERVIK & PAYU
DARA". Kebanyakan tuala wanita di pasaran diperbuat daripada serbuk pulpa
kayu yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan
peluntur berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu DIOKSIN. Kertas buangan,
agen peluntur yang berkarsinogen, agen fluorosen dan sebagainya adalah bahan
mentah yang digunakan untuk memproses tuala wanita pakai buang yang berada di
pasaran. Kertas buangan seperti kertas kitaran semula, kertas tebal, kotak,
pulpa kayu yang terdedah bakteria dan kuman berbahaya akan menjalani proses
penyingkiran dan pelunturan berklorin untuk menjadikan ia lembut,putih dan
bebas penyakit. Tetapi proses ini juga menyebabkan terhasilnya dioksin yang
menyerap dan kekal dalam bahan mentah yang telah diproses. Setelah segala
proses selesai maka terhasillah produk tuala wanita, pantiliner dan tampon
dengan pelbagai jenama yang mengandungi Dioksin. Apabila telah lembut, lapisan
inilah yang dijadikan tuala wanita dan digunakan oleh wanita di seluruh dunia
semenjak tahun 1970.
TAHUKAH ANDA APAKAH DIOKSIN??
Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amat kuat
kesannya.Ia 130 kali ganda lebih bertoksik daripada Cyanide dan 900 kali ganda
lebih berbahaya berbanding Arsenic.Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat”
pada masa kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengelaskan Dioksin
sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser). Banyak kajian perubatan membuktikan
bahawa kandungan Dioksin pada tahap rendah masih berupaya mencetuskan risiko
tinggi kanser payu dara, kanser usus, endometriosis, kanser ovari, keguguran
dan pelbagai masalah puan yang lain. Sejarah pembuatan tuala wanita pakai buang
dicipta pada tahun 1930-an oleh Kimberly Clark bagi menampung kehendak
pekerja-pekerja wanita di seluruh dunia bermula dari era Revolusi Industri pada
tahun 1750-an. Ia diperbuat daripada serbuk kayu pulpa bersama dengan kertas
kitar semula yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan
bahan peluntur yang menghasilkan bahan kimia Dioksin. Serbuk pulpa yang telah
lembut kemudiannya digembur untuk mendapatkan lapikan gebu seperti kapas.
Lapikan gebu inilah yang dijadikan tuala wanita pakai buang yang dijual
dipasaran semenjak tahun 30-an sehingga sekarang.
Proses pembuatan tuala wanita
Ini adalah fakta sebenar bagaimana proses pembuatan tuala
wanita ini dihasilkan. Tidakkah anda merasakan terkejut kerana selama ini anda
memakai tuala wanita yang berisiko tinggi dimana terdapat Dioksin di
dalamnya.Punca inilah yang menyebabkan ramai wanita tidak kira umur mengalami
banyak masalah kesihatan.Sedar tak sedar, sudah berapa tahun anda menggunakan
tuala wanita yang berasaskan kertas?Sudah berapa banyak tuala wanita yang anda
telah gunakan? Fakta: secara purata setiap wanita menggunakan 15,000 tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan
pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan dalam sel lemak
mungkin menjadi kumulatif dan boleh membawa maut.
Bagaimana
Dioksin meresap ke dalam rahim?
Darah haid yang mengalir keluar dari
uterus akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan
kapas. Apabila suhu meningkat, sejenis gas bertoksik yang dinamakan dioksin akan
terhasil dan dibebaskan melalui proses pemeluapan. Gas bertoksid yang
dibebaskan ini berpotensi menyerap ke dalam rahim wanita setelah 30 min
terdedah. Dioksin akan diserap ke dalam rahim melalui saraf dan saluran uterus
dan akhirnya sampai di ovari melalui tiup fallopio. Kebiasaannya kanser serviks
tidak menunjukkan sebarang tanda atau kesakitan pada peringkat awal. Tanda
seperti berdarah di luar tempoh haid, keluar darah kotor yang terlampau, sakit
teramat di bahagian pinggul/pinggang, sakit ketika seks akan ketara apabila
kanser serviks mula berada di peringkat kritikal.
Artikel dipetik dari UTUSAN PENGGUNA (Julai 2002)
Hindari Kanser
80% wanita masa kini mengalami
gejala awal kanser seperti senggugut, keputihan, kegatalan, jangkitan kuman,
haid tidak menentu, discharge berlebihan, endometriosis, trichmoniasis dan
pelbagai masalah sakit puan yang lain. Hampir 90% berlaku akibat kesan
penggunaan jangka panjang tuala wanita berkualiti rendah yang ada
dipasaran. Dipetik dari UTUSAN PENGGUNA (Julai 2002). Tahukah anda bahawa
kebanyakkan tuala wanita (dan tampon) diperbuat dan dilunturkan dengan
menggunakan sebatian klorin yang akhirnya menghasilkan sisa dioksin!
EPA(Environmental Protection Agency) Amerika Syarikat mengklasifikasikan dioksin
sebagai karsinogen paling berbahaya. Kajian EPA pada tahun 1996 telah
merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan yang TINGGI terhadap dioksin
berkemungkinan berisiko mengalami masalah berikut:-
a) Endometriosis (jangkitan uterus)
b) Kelemahan sistem imun.
c) Peningkatan risiko panyakit
radangan pelvik.
d) Menjejaskan kesuburan dan
kesukaran mendapatkan anak.
e) Gangguan perkembangan janin dan
kanak - kanak (bagi perempuan hamil).
Secara purata, wanita menggunakan
kira-kira 15,000 tuala wanita sepanjang hayatnya.Kesan pendedahan berterusan
kepada dioksin yang selamanya tersimpan dalam sel lemak mungkin menjadi
kumulatif dan boleh membawa maut.
DIKELUARKAN DENGAN PENGGUNAAN BANYAK
BAHAN KIMIA
Untuk membuat tuala wanita, setiap
pulpa kayu pada mulanya direndam di dalam air, di dalam besen besar. Kebanyakan
bahan kimia dan pewarna yang diperlukan akan dimasukkan pada peringkat ini.
(Pulpa itu kemudiannya digeser dan diberus serta diberi pengudaraan bagi
menggebukannya). Ada didapati tuala wanita mengandungi rayon tambahan
yang juga berasal daripada kayu untuk penyerapan tambahan. Serat di dalam kayu
akan diproses secara kimia bagi menjadi gentian lebih panjang. Pemprosesan
secara kimia seperti "de-inking" bahan yang dikitar semula.
Kajian dibuat oleh pengguna facebook;
3 faktor penting yang perlu dipertimbangkan ketika memilih
tuala wanita iaitu:
- Lapisan atas - sebaik-baiknya adalah daripada material KAPAS. Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Seorang perempuan bertanya kepada Nabi s.aw: Bagaimanakah cara orang perempuan mandi dari haidnya? Perawi Hadis berkata: Kemudian Aisyah menyebutkan bahawa baginda mengajarkan cara mandi kepada perempuan tersebut. Di antara sabda baginda: Kemudian kamu ambil kapas yang disapu misk iaitu bauan kasturi, lalu kamu bersucilah dengannya. Perempuan itu berkata: Bagaimana cara bersuci dengannya? Baginda bersabda: Maha Suci Allah! Kamu bersucilah dengannya dan baginda pun bersembunyi. Sufian bin Uyainah memberi isyarat kepada kami dengan meletakkan tangan pada wajahnya. Perawi Hadis melanjutkan ceritanya: Aisyah berkata: Aku menarik perempuan itu kerana aku sudah tahu apa yang dikehendaki oleh Nabi s.a.w. Lalu aku berkata kepada perempuan tersebut: Sapulah tempat keluar darah haidmu dengan kapas itu.
- Lapisan tengah (lapisan penyerap) - Perlu mempunyai kuasa serapan yang efektif; hindarkan bahan penyerap yang diperbuat daripada kertas recycle (a.k.a sampah). Rasa-rasa tuala wanita yang anda gunakan sekarang isi dalamnya kapas atau kertas? Cuba anda uji sendiri. Korbankan sekeping tuala wanita anda - gunting sedikit dan keluarkan isi dalamnya. Adakah ianya hancur berkecai? Ya, memang ia akan hancur kerana ia adalah KERTAS (ada partikel-partikel halus lagi) dan bukannya kapas seperti yang anda sangkakan. Anda ingin pengesahan lagi? Cuba anda periksa label pengeluar tuala wanita anda. Sebahagian syarikat pengeluar tuala wanita pakai buang adalah berteraskan industri pulpa dan kertas dan ada juga syarikat kimia yang juga terlibat dalam industri pulpa dan kertas.
- Lapisan bawah - seharusnya lapisan yang telus udara bagi mengelakkan bakteria membiak di kawasan genital anda
Kapas atau kertas recycle mungkin tidak memberi apa-apa perbezaan kepada anda..tapi menurut anda apakah pilihan yang lebih baik bagi tuala wanita anda..KAPAS atau KERTAS? Sebagai wanita moden yang bijaksana saya percaya anda juga bijak membuat pilihan terbaik untuk diri anda bukan? Siapa yang nak jaga diri anda kalau bukan anda sendiri.Tubuh anda berhak mendapat yang terbaik dan bukan sekadar kertas buangan.Oleh itu mencegah lebih baik daripada mngubati.
Allah adalah tuhan yang sarat dengan kasih dan sayang
Daripada 99 nama-nama Allah, ada dua nama sahaja yang sering diulang-ulang
oleh kita iaitu ar-Rahman dan ar-Rahim yang bermaksud Maha Pemurah dan Maha
Pengasih pada setiap pagi dan petang. Maknanya Allah mahu kita datang kepadaNya
dalam keadaan penuh kasih dan sayang.Jika kita sedar bahawa perbezaan sifat
ar-Rahman dan ar-Rahim itu ialah sifat ar-Rahman meliputi seluruh makhluk
Allah, baik yang beriman mahupun yang kafir. Allah dengan seadil-adilnya
memberikan semua makhlukNya merasai nikmat air, udara, bumi dan sebagainya
tanpa terkecuali.
Mungkin ada di antara kita yang pernah terlintas di akal fikiran ingin
menyoal “Kenapa Allah bagi orang bukan Islam yang kebanyakannya
kaya-raya?” Jawapannya mudah sahaja, “Kerana mereka rajin bekerja.” Itu kanSunnatullah
(hukum alam), siapa yang berusaha, pasti mereka mendapat hasilnya. ‘Man
jadda wa jadda.’ Siapa berusaha ia berjaya .
Sifat ar-Rahim itu pula adalah khusus bagi hamba-hamba Allah yang
beriman.Setiap wanita mempunyai rahim serta dapat melahirkan anak melaluinya.
Jika kita perasan, ia sangat sesuai dengan nama Allah yang bersifat
ar-Rahim(kasih sayang), yang lebih ditonjolkan dari kalangan para ibu, tetapi
jika ingin dibandingkan kasih sayang ibu dan kasih sayang Allah kepada kita
semua, sudah tentulah kasih sayang Allah kepada hamba-Nya tiada tandingan.
“Sungguh Allah lebih
penyayang terhadap hamba-hamba-Nya daripada seorang ibu terhadap anak
bayinya.”[HR Bukhari dan Muslim].
BersamaCikgu S.C.KHOO Pengarah Urusan danPengasas Syarikat Avail beauty sdn
bhd.Mengenai salah satu produknya tuala wanita yang diperbuat daripada kapas.







bgus2..sgt berguna
ReplyDelete